Galeri Foto: Aktiviti Taski

Sukaneka Taski ABIM Kuching/Samarahan 2010

Sukaneka Taski ABIM telah diadakan pada 29 Mei 2010 tahun lalu di Stadium MBKS, Pending.






Pemeriksaan Gigi Pelajar




Aktiviti Menggosok Gigi
 

Sambutan Merdeka, Ogos 2010 









Ujian Pemilihan Kemasukan SK(A) Abd Kadir Hassan

Ujian ini telah diadakan pada 10 Ogos 2010. Hampir 50% kemasukan Tahun 1 sekolah tersebut adalah daripada Taski ABIM Kuching/Samarahan.
 

 
 
 



 Ramah-tamah Hari Raya Idulfitri 1431H











Majlis Konvokesyen Taski ABIM ke-22 

Konvokesyen Taski ABIM ke-22 telah diadakan pada 6 November 2010 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuching.

Majlis Konvokesyen Taski ABIM Kuching/Samarahan ke-22 dihadiri oleh Presiden ABIM, Ustaz Muhammad Razak bin Idris
Adik-adik Taski dibimbing guru-guru melantunkan alunan selawat semasa ketibaan Presiden ABIM
Bacaan doa oleh Adik Hariz Zafran bin Ismail dari Taski ABIM Samariang B

Bacaan dan terjemahan Surah Dhuha oleh Adik Nur Syuhada bt Muhd. Sukor dan Adik Aina Mardhiah bt Sharifuddin, Taski ABIM Samariang B
Ucapan alu-aluan oleh Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak, Ustaz Hasfa Bakhry bin Hassan

Ucapan perasmian oleh Presiden ABIM, Ustaz Dr. Muhammad Razak bin Idris
Persembahan mantap adik-adik Taski

Penyampaian sijil tamat Taski disempurnakan oleh Presiden ABIM

Belakang tabir: Cikgu-cikgu Taski mempersiap anak-anak murid sebelum beraksi di pentas

Sibuk... wajah-wajah ceria bercampur gementar... sebentar lagi akan naik ke pentas!
Belakang tabir: Pengurus Taski Kuching/Samarahan, Puan Hajariah bt Senar (kanan) bersama suami beliau, Ustaz Musa bin Yahia.
Barisan guru-guru yang bertungkus-lumus menjayakan majlis
Tahun 2010  merakamkan detik-detik yang berwarna-warni. Tahniah dan syabas buat pelajar-pelajar yang berkesempatan untuk memulakan perjalanan menimba ilmu daripada Taski/Tahfiz ABIM Kuching/Samarahan. 

Pihak kami mendoakan buat anak-anak didik Taski/Tahfiz agar selamat maju jaya dalam menempuh hidup ini.... mudah-mudahan bahagia hendaknya di dunia dan akhirat....