Selain menawarkan pendidikan pra-sekolah Islami, Taski/Tahfiz ABIM Kuching/Samarahan begitu komited akan menjalankan tanggungjawab sosial sebagai ahli masyarakat. Pelbagai program telah diadakan bagi menyahut seruan dakwah yang telah baginda Rasulullah, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam telah warisi kepada umat Islam sehingga kini.
1.Malam Penghargaan Rasulullah s.a.w 1431H
Buat julung kali dalam sejarah, Taski ABIM terlibat sama dalam sambutan Malam Penghargaan Rasulullah s.a.w di tempat terbuka di Amphi Theatre, Waterfront Kuching. Program tersebut merupakan anjuran bersama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak, Jabatan Penyiaran RTM, Liga India Muslim dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Seramai kira-kira 500 hadirin dan pengunjung Waterfront hadir ke program tersebut. Program ini menjangkau dakwah kepada warga tempatan dan asing memperkenalkan baginda Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
Taski ABIM tidak ketinggalan. Adik-adik comel Taski ABIM turut turun padang menyampaikan persembahan nasyid mengenang jasa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam. Antara persembahan yang lain ialah persembahan berzanji, nyanyian akuistik, deklamasi sajak, tayangan multimedia dan diakhiri dengan persembahan kemuncak, iaitu maulid yang bertenaga daripada PERKEPIS Mawlid Ensemble.
 |
Persembahan Berzanji daripada Surau Kpg. Samariang |
 |
Persembahan mantap Taski ABIM Kuching/Samarhan |
 |
Deklamasi sajak oleh Ustaz Muhammed 'Afif bin Iskandar |
 |
Persembahan nyanyian akustik daripada kumpulan Adan |
 |
Persembahan mawlid oleh PERKEPIS Mawlid Ensemble |
|
|
|
Semoga kita sentiasa dalam naungan rahmat dan kasih sayang, melalui berkat cinta kepada kekasih-Nya, junjungan mulia yang terpilih, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam...
“Tidak kami utuskan engkau, (wahai Nabi Muhammad s.a.w) melainkan untuk rahmat serata alam”
(al-Anbiya', 21:107)
2. Hari Guru Taski/Tahfiz ABIM
Sambutan Hari Guru Taski/Tahfiz ABIM Negeri Sarawak telah diadakan pada 2 Jun 2010 yang lepas di restoran Grand Malay, Kuching. Pada malam tersebut, lebih 100 warga keluarga besar ABIM-Taski/Tahfiz ABIM Kuching /Samarahan telah berkumpul sebagai tanda penghargaan jasa terlibat dalam pendidikan pra-sekolah ABIM. Taski/Tahfiz ABIM telah memberikan saguhati istimewa buat guru-guru veteran yang telah setia berkhidmat sejak belasan tahun lalu. Moga guru-guru sekalian kekal komited mendidik anak bangsa
.Jasamu dikenang sepanjang zaman.
 |
Ucapan daripada Ketua Biro Pendidikan ABIM, En. Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin, merangkap Timbalan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak. Beliau merupakan pegawai Biro ANGKASA. |
3. Seminar Manhaj Dakwah Sarawakiy & Muktamar ABIM Negeri Sarawak ke-31
Segala puji bagi Allah, Seminar Memahami Pendekatan Manhaj Dakwah Sarawakiy yang dianjurkan bersempena dengan Muktamar Sanawi ABIM Negeri Sarawak ke-31 telah diadakan dengan jayanya pada 31 Julai 2010 tahun lalu. Seminar merupakan program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cawangan Sarawak dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak.
 |
Ucapan Dasar Muktamar ABIM Negeri Sarawak ke-31 oleh Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak, Ustaz Hasfa Bakhry bin Hassan yang bertajuk Menjunjung Tradisi Keilmuan: Menghayati Makna Rahmatan Lil ‘Alamin |
 |
Pembentangan kertas kerja seminar Dakwah Global: Peranan ABIM Menangani Isu Antarabangsa daripada Presiden ABIM, Ustaz Muhd. Razak bin Idris |
 |
Pembentangan kertas kerja Dakwah Masyarakat: Pendekatan Manhaj Dakwah Sarawakiy. Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak, Ustaz Suhardi bin Edward |
 |
Muktamar Sanawi ABIM ke-31 pada sebelah petang | | |
Dan hendaklah antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar. Dan mereka adalah orang-orang yang beruntung.
(Surah ali-Imran, 3: 104)
3. Ziarah Presiden ABIM
Dalam rangka lawatan Presiden ABIM, Ustaz Muhd. Razak bin Idris memembentangkan kertas kerja dalam Seminar Memahami Pendekatan Dakwah Manhaj Sarawakiy dan Muktamar ABIM Negeri Sarawak ke-31, beliau berkesempatan meninjau perkembangan Taski ABIM di kawasan Matang dan Samariang, Kuching pada 1 Ogos 2010 yang lepas. Beliau telah diiringi oleh Timbalan Yang Di-Pertua BIM Negeri Sarawak merangkap Ketua Biro Pendidikan ABIM, En. Wan Azizan Wan Zainal Abidin bersama-sama exco ABIM yang lain.
 |
Presiden ABIM menziarahi Taski/Tahfiz Samariang B |
 |
Beliu dibawa melawat Taski/Tahfiz ABIM Taman Matang Jaya |
|
|
 |
Destinasi terakhir: Beliau dibawa ke Ibu pejabat Taski/Tahfiz Kuching/Samarahan di Taman Sri Wangi |
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sungguh, Allah sungguh berat seksaan-Nya.
(Surah al-Maidah, 5: 2)
4. Taski/Tahfiz Turun Padang: Bengkel Kesempurnaan Solat 2010
Taski/Tahfiz Turun Padang: Bengkel Kesempurnaan Solat 2010 telah diadakan pada 19 Julai 2010 tahun lalu. Bengkel tersebut diadakan bagi membantu ahli masyarakat untuk menyempurnakan tanggungjawab ibadah mereka kepada Allah S.W.T. Guru-guru Taski/Tahfiz telah terlibat dalam menjayakan program ini dan mendapat maklum balas yang amat menggalakkan.
 |
Bengkel diadakan di Surau Saidina Umar, Bandar Baru Samariang, Kuching. |
 |
Pendaftaran bengkel |
 |
Mantan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak, Ustaz Suhardi Edward menyampaikan ceramah beliau. |
 |
Para peserta bengkel dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan kecil. |
 |
Praktikal: Para peserta mempraktikkan ilmu yang telah diperoleh pada sesi-sesi sebelumnya. |
 |
Belakang tabir: Sahabat-sahabat guru Taski/Tahfiz membantu membungkus makanan untuk peserta program. |
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardhu, khasnya solat Wusta (solat Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.
(Surah al-Baqarah, 2 : 238
5.Semurni Kasih Ramadhan 1431H
Merebut peluang keemasan akan kelebihan-kelebihan dalam bulan Ramadhan, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak dan Taski/Tahfiz ABIM Kuching/Samarahan buat tahun ketiga menganjurkan program Semurni Kasih Ramadhan 3 pada Ramadhan 1431H yang lalu. Projek tahunan ini menyahut seruan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, bahawa seutama-utama sedekah adalah pada bulan Ramadhan.
 |
Bahan-bahan seperti pakaian dan makanan asasi sumbangan orang ramai, BERNAS dan Pasukan Gerak Am (PGA) dikumpul untuk diagih. |
|
|
 |
Keluarga daif di Matang, Kuching pada 15 Ramadhan 1431H / 26 Ogos 2010 merupakan antara penerima awal bantuan program ini. |
 |
Kpg Samariang Midin, Kuching 16 Ramadhan 1431H / 27 Ogos 2010 |
 |
Kpg Lintang, Kuching, 16 Ramadhan 1431H / 27 Ogos 2010 |
 |
Kpg Mongkos, Serian 18 Ramadhan 1431H / 29 Ogos 2010 |
 |
Kpg Tabuan Lot, Kuching 19 Ramadhan 1431H / 30 Ogos 2010 |
Daripada Anas radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu alaihi wasallam ditanya,“Apakah sedekah yang paling utama?” Jawab baginda s.a.w, “Sedekah yang dilakukan dalam bulan Ramadhan.”
(Hadith Riwayat Imam Tarmizi)
Semoga amal-amal yang kecil ini dapat menjadi sebab akan rahmat Allah S.W.T memasuki Syurga-Nya pada suatu hari kelak.... amiin....