Kepada,
Ibubapa pelajar Taski ABIM Kuching/Samarahan
Semoga tuan/puan berada di bawah rahmat Allah S.W.T.
Pihak Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) ABIM, ingin memaklumkan berkuatkuasa pada tahun 2012, ujian kemasukan ke tahun 1 di SK(A) Datuk Haji Abd Kadir Hassan Kuching akan melalui proses saringan berikutan arahan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
2. Untuk makluman Tuan/Puan, kertas UJIAN SARINGAN tersebut adalah disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam (Sektor Agama) Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Dengan keputusan ujian saringan tersebut, hanya pelajar yang LAYAK akan MENDUDUKI UJIAN KEMASUKAN ke tahun 1 SK(A) Datuk Haji Abd Kadir Hassan Kuching. Tarikh ujian saringan akan dimaklumkan kemudian setelah pihak kami menerima arahan dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
3. Justeru, Tuan/Puan yang berminat untuk menghantar anak ke SK(A) Datuk Haji Kadir Hassan Kuching perlulah mengisi borang yang telah disediakan berserta :
- Satu salinan sijil kelahiran
- Sekeping gambar berukuran passport.
- Alamat dan nombor telefon yang terkini.
Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah berhubunng terus ke pejabat Taski ABIM Taman Sri Wangi atau mana-mana cawangan Taski ABIM sekitar Kuching/Samarahan.
No comments:
Post a Comment