Wednesday, March 30, 2011

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tadika 2011


Seramai dua belas pelajar Taski ABIM Kuching-Samarahan telah terlibat dalam Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tadika 2011 yang dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak, Kuching pada 31 Mac 2011, Khamis. Pertandingan tersebut diadakan di Galeri Pameran Pustaka Negeri Sarawak.

Pelajar Taski terlibat dalam Kategori Umur t tahun, Kategori Umur 5 tahun dan Kategori umur 6 tahun. Di samping itu, para peserta yang berumur 5 dan 6 tahun berpeluang untuk menjawab soalan kuiz yang berkisar mengenai kisah Fairytale (cerita rakyat).

Tahniah diucapkan kepada adik Muhd. Harraz Daniel bin Rahimie (gambar atas), pelajar Taski ABIM Taman Sri Wangi telah memenangi tempat kedua dalam Kategori Umur 4 tahun.











Anak-anak itu ibarat kain putih. Kitalah yang mewarnai hidup mereka ;)


"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

No comments:

Post a Comment