Assalamualaikum w.b.t
Kepada:
Ibu bapa / Penjaga / Ahli Masyarakat,
Dimaklumkan bahawa tanggal 1 Ogos 2011 (Isnin) kelak ataupun bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H, Taski ABIM Kuching-Samarahan akan mengambil cuti peristiwa di semua cawangan. Cuti peristiwa tersebut sebagai menghormati dan memuliakan bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia.
Semoga keberadaan kita pada bulan Syaaban ini membawa berkat kepada kita. Dan kita berdoa agar Allah S.W.T memanjangkan umur kita untuk sampai kepada bulan Ramadhan, insya-Allah.
Sebagai perkongsian, kita bentangkan hadith-hadith untuk menggalakkan kita bersedia untuk meraih kemanisan berada pada bulan Ramadhan:
1. Dinukilkan dalam kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman karangan Imam Habib Abdullah al-Haddad ()Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan balasan kesabaran adalah syurga" (Hadith Riwayat ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)
2. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam lagi:
"Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, tengahnya adalah keampunan, dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka" (Hadith Riwayat ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)
3. Dinukilkan dalam kitab Qul Hazihi Sabilii (Inilah Jalanku) tulisan Syeikh Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki (w. 2004):
"Setiap amalan anak Adam dilipatgandakan baginya; satu kebaikan dibalas dengan 10 kali ganjaran seumpamanya sehingga kepada 700 kali ganda. Allah berfirman: 'Melainkan puasa, sesungguhnya ia adalah buat-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjarannya kerana dia meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku'"
Marilah kita bersama-sama mengejar ganjaran yang tidak ternilai harganya!
Sekian, terima kasih.
Wassalam
"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"
No comments:
Post a Comment