Showing posts with label Notis. Show all posts
Showing posts with label Notis. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Pengumuman Cuti Hari Raya Idulfitri 1432H



Assalamualaikum...

Ibu bapa / Penjaga

Dimaklumkan bahawa cuti pertengahan penggal 2 dan Hari Raya Idulfitri 1432H akan bermula 27 Ogos 2011, Sabtu sehingga 5 September 2011, Isnin. Taski/Tahfiz ABIM Kuching-Samarahan akan beroperasi pada Selasa, 6 September 2011.

Taski ABIM ingin mengucapkan selamat berpuasa. Maaf Zahir dan Batin daripada kami. Semoga mendapat kerahmatan dan keberkatan daripada Allah, insya-Allah...

Terima kasih, wassalam




Thursday, July 14, 2011

Notis Cuti Peristiwa 1 Ramadhan 1432H


Assalamualaikum w.b.t

Kepada:
Ibu bapa / Penjaga / Ahli Masyarakat,

Dimaklumkan bahawa tanggal 1 Ogos 2011 (Isnin) kelak ataupun bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H, Taski ABIM Kuching-Samarahan akan mengambil cuti peristiwa di semua cawangan. Cuti peristiwa tersebut sebagai menghormati dan memuliakan bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia.

Semoga keberadaan kita pada bulan Syaaban ini membawa berkat kepada kita. Dan kita berdoa agar Allah S.W.T memanjangkan umur kita untuk sampai kepada bulan Ramadhan, insya-Allah.


Sebagai perkongsian, kita bentangkan hadith-hadith untuk menggalakkan kita bersedia untuk meraih kemanisan berada pada bulan Ramadhan:

1. Dinukilkan dalam kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman karangan Imam Habib Abdullah al-Haddad ()Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan balasan kesabaran adalah syurga" (Hadith Riwayat ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)



2. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam lagi:

"Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, tengahnya adalah keampunan, dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka" (Hadith Riwayat ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)



3. Dinukilkan dalam kitab Qul Hazihi Sabilii (Inilah Jalanku) tulisan Syeikh Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki (w. 2004):

"Setiap amalan anak Adam dilipatgandakan baginya; satu kebaikan dibalas dengan 10 kali ganjaran seumpamanya sehingga kepada 700 kali ganda. Allah berfirman: 'Melainkan puasa, sesungguhnya ia adalah buat-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjarannya kerana dia meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku'"


Marilah kita bersama-sama mengejar ganjaran yang tidak ternilai harganya!

Sekian, terima kasih.

Wassalam


"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Makluman Emel Taski ABIM


Assalamualaikum...

Ibu Bapa / Penjaga / Ahli Masyarakat,

Untuk sebarang makluman ataupun urusan, Taski ABIM Kuching-Samarahan boleh dihubungi melalui akaun emel:

taskiabimswk@yahoo.com


Terima kasih atas sokongan dan perhatian anda.

Sekian, wassalam.

"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Penyelia Tugas Khas (Teknologi Maklumat)
Taski ABIM Kuching-Samarahan

Tuesday, June 14, 2011

Ujian Kelayakan Madrasah 2011


Assalamualaikum w.b.t

Kepada

Ibu Bapa / penjaga,

Dimaklumkan terutama kepada pelajar Taski ABIM yang mendaftar ujian kelayakan kemasukan Tahun 1 ke SK(A) Dato' Hj. Abdul Kadir Hassan (yang juga dikenali sebagai Madrasah), Kuching akan diadakan seperti yang berikut:

Tarikh: 8 Oktober 2011, Sabtu
Tempat: SK(A) Dato' Hj. Abdul Kadir Hassan
Masa: 9.00 pagi - 10.00 pagi

Dinasihatkan agar ibu bapa / penjaga untuk membawa alat tulis yang lengkap kepada anak-anak. Juga, dinasihatkan agar berada di Madrasah awal untuk mengelakkan kesesakan kelak.

Terima kasih. Harap Maklum.

"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Monday, May 23, 2011

Pengumuman Cuti Pertengahan Tahun


Assalamualaikum,

Untuk:
Ibu bapa / Penjaga

Dimaklumkan bahawa cuti persekolahan pertengahan tahun 2011 akan berlangsung selama dua minggu, iaitu daripada tarikh 28 Mei 2011, Sabtu sehingga 12 Jun 2011, Ahad. Sesi persekolahan akan bermula kembali pada 13 Jun 2011, Isnin.

Semoga masa cuti ini dapat dimanfaatkan agar dapat dimanfaatkan.


"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Friday, April 15, 2011

Taski ABIM Sri Wangi Lokasi Mengundi


Perhatian buat ahli masyarakat, Taski ABIM Taman Sri Wangi dijadikan sebagai lokasi mengundi bagi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sarawak ke-10 pada 16 April 2011, Sabtu. Taski ABIM Taman Sri Wangi menempatkan lokasi pengundian bagi kawasan N.7 Samariang sahaja.

Tunaikanlah kewajipan anda kepada negara.

Terima kasih. Wassalam

Sunday, April 10, 2011

Makluman Ruangan Komen Blog Taski ABIM


Makluman kepada pengunjung blog Taski ABIM Kuching-Samarahan, kami menyediakan ruangan anda mengajukan komen / pertanyaan kepada kami. Melalui ruangan komen tersebut, ibu bapa / penjaga boleh mengajukan pertanyaan secara khusus kepada kami.

Ruangan komen pada blog Taski ABIM


Caranya mudah sahaja. Caranya adalah:

1.Anda perlu menaip nama, emel, alamat rumah, nombor telefon pada ruangan yang disediakan.



2.Kemudian, anda taipkan komen anda pada ruangan ‘Mesej Anda’.

3.Setelah selesai mengisi komen, anda hendaklah mengesahkan komen anda dengan menaip pada ruangan ‘Image Verification.’ Anda perlu menaip perkataan / nombor / simbol yang tertera (cth: TKSG).

4.Kemudian anda klik ‘Hantar Emel.’



Jikalau komen anda tidak disahkan, anda mungkin:

1.Tertinggal untuk mengisi ruang sama ada nama, emel, alamat rumah ataupun nombor telefon pada ruangan makluman sebelumnya.

2.Tersalah isi pada ruangan ‘Image Verification.’ Anda perlu mencuba pengesahan tersebut dengan klik pada ‘Refresh Image.’ Kemudian anda mengisi semula perkataan / nombor / simbol yang tertera. Anda sahkan dengan mengklik semula ‘Hantar Emel.’

Komen / persoalan yang diajukan akan diproses dan dinilai. Kami akan membalas komen / persoalan anda sebaik dan secepat yang mungkin. Kami akan menjadikan komen / persoalan anda sebagai entri blog Taski ABIM sekiranya komen / persoalan tersebut membantu individu lain yang mempunyai isu yang hampir sama.

Selamat mencuba!




“Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah”

Saturday, April 9, 2011

Notis Pendirian Taski ABIM Kuching-Samarahan Berkenaan Pilihanraya DUN ke-10


Kepada:

Ibu bapa pelajar Taski ABIM dan ahli masyarakat,

Taski/Tahfiz ABIM Kuching/Samarahan tidak terlibat dengan mana-mana kempen yang melibatkan parti-parti yang bertanding. Kita menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini dengan tidak menghalang mana-mana pihak yang bertanding untuk berkempen asalkan tidak menggunakan premis kita sebagai tapak kempen dengan menggantung bendera, poster, pelekat (sticker) ataupun sebagainya kerana ABIM Negeri Sarawak kekal dengan dasar Non-Partisannya.


Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin,

Timbalan Yang Di-Pertua,
Merangkap Ketua Biro Pendidikan,
ABIM Negeri Sarawak

Wednesday, April 6, 2011

Notis Permohonan Kerja Taski


Taski ABIM Kuching-Samarahan telah menerima beberapa maklum balas daripada umum mengenai kekosongan pekerjaan di Taski.

Sehingga kini, pihak Taski belum mempunyai kekosongan pekerjaan. Akan tetapi, anda boleh menghantar resume beserta salinan kad pengenalan dan kelulusan sijil-sijil yang berkaitan kepada:

Pengurus,
Taski ABIM Kuching-Samarahan
No. 166, Taman Sri Wangi,
Jalan Menggeris,
93050, Kuching, Sarawak.


Pihak kami akan menghubungi anda sekiranya tawaran temuduga dibuka. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di:

Tel : 082 – 416 217
Group fb : Untuk carian, sila taip "Taski ABIM Kuching-Samarahan"
Blog Taski: taskiabimswak.blogspot.com.

Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda.

“Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah”

Wassalam

Tuesday, March 1, 2011

Pendaftaran Tahun Satu Sesi 2012


Assalamualaikum w.b.t

Buat Ibu Bapa / Penjaga,

Dimaklumkan bahawa pendaftaran ke Tahun Satu sesi persekolahan 2012 telah dibuka. Semua ibu bapa / penjaga pelajar Taski ABIM 6 tahun dinasihatkan untuk mendaftar anak masing – masing ke sekolah pilihan anda.

Urusan pendaftaran Tahun Satu sekolah rendah adalah urusan ibu bapa dan pihak Taski ABIM tidak bertanggunjawab atas urusan tersebut.

Terima kasih atas perhatian anda. Harap maklum


Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah


Sekian. Wassalam


Pihak Pengurusan
Taski ABIM Kuching/Samarahan

Thursday, February 24, 2011

Jawatan Kosong Guru Taski & Tahfiz


Taski / Tahfiz ABIM menawarkan peluang pekerjaan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi guru Taski atau Tahfiz. Sila rujuk butir-butir yang berikut:

KELAYAKAN
1.Sijil Pelajaran Malaysia SPM, ATAU
2.Sijil Menengah Ugama SMU,DAN
3.Boleh membaca IQRA’ / QIRAATI / Al – QURAN, DAN
4.Membaca dan menulis Jawi

STATUS
1.Bujang
2.Umur 18 tahun hingga 35 tahun sahaja.

AGAMA
Islam

JANTINA
Wanita sahaja.

KERAKYATAN
Malaysia Sahaja

CALON – CALON YANG BERMINAT BOLEHLAH MENGHANTAR PERMOHONAN BERSERTA SALINAN SIJIL DAN RESUME KE:

BAHAGIAN HAL EHWAL SUMBER MANUSIA
TASKI ABIM
166 JALAN MENGGERIS, TAMAN SRI WANGI
93050 PETRA JAYA KUCHING


ATAU DATANG TERUS UNTUK SESI TEMUDUGA BERTEMPAT SEPERTI DI ATAS PADA:

Tarikh : 1 MAC 2011
Masa : 9.00 PAGI
Keperluan : Bawa sijil-sijil asal dan salinan sijil beserta resume dan gambar berukuran pasport

Bagi yang berminat, hubungi 082 – 446 217 untuk sebarang pertanyaan.

"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Tuesday, January 25, 2011

Pengumuman Tahun Baru Cina 2011


Dimaklumkan bahawa semua cawangan Taski ABIM Kuching/Samarahan akan bercuti pada tarikh yang berikut:

Tarikh: 3-4 Februari 2011 (Khamis dan Jumaat)

Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2011.

Harap Maklum, terima kasih

Wassalam

Tuesday, January 18, 2011

Notis Jadual Taski / Tahfiz


Kepada,

Ibubapa / penjaga
Taski ABIM Kuching /Kota Samarahan


MAKLUMAN

PihakTaski memohon kerjasama tuan / puan untuk menghantar dan menjemput anak tuan /puan pada waktu yang ditetapkan seperti berikut (sila klik jadual untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas):



Waktu bertugas bagi guru – guru yang berkenaan adalah seperti berikut (sila klik jadual untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas):



Sekiranya tuan /puan tidak dapat menjemput anak tuan / puan pada waktu yang ditetapkan, sila maklumkan kepada pihak pentadbiran atau guru kelas yang bertugas.

Pihak Taski/Tahfiz akan mengenakan bayaran lebih masa bagi anak – anak yang balik melebihi waktu yang ditetapkan dengan kadar bayaran RM5.00 bagi setiap setengah jam.

Ibu pejabat Taski/Tahfiz boleh dihubungi di talian 082-446 217.

Pihak mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama tuan / puan.



Pengurusan Taski / Tahfiz
ABIM Kuching / Kota Samarahan

Notis Penting


Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anda dan anak – anakanda, pihak Taski ABIM Kuching / Kota Samarahan merayu kepada tuan / puan supaya:

1.Tidak membiarkan kereta / motosikal atau apa – apa jenis kenderaan dalam keadaan enjin yang masih hidup untuk mengelakkan kenderaan anda dari dicuri.

2.Tidak meniggalkan sebarang barangan berharga (beg tangan, laptop, telefon bimbit dsb) di dalam kereta yang terbuka tingkap atau pintu untuk mengelakkan barangan tersebut dicuri atau diragut.

3.Memastikan anak – anak dibimbing ke kenderaan masing-masing dan tidak membiarkan mereka melintas jalan secara sendirian untuk mengelakkan anak anda dilanggar oleh kenderaan lain atau dilarikan oleh orang yang tidak dikenali.

4.Tidak memakaikan anak – anak anda dengan barangan kemas samada asli atau tiruan untuk mengelakkan dari sebarang kehilangan.


JANGAN BIARKAN ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MENGAMBIL KESEMPATAN DI ATAS KELALAIAN ANDA.


Daripada
BAHAGIAN PEMASARAN DAN KOMUNIKASI
TASKI / TAHIZ ABIM
KUCHING / KOTA SAMARAHAN