Showing posts with label Keselamatan. Show all posts
Showing posts with label Keselamatan. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

‘Tolong wan, adik sakit...’


Peristiwa menyayat hati ini telah berlaku di Ipoh pada Rabu, 20 Julai 2011. Hatinya yang girang sekembali dari Taska dinanti oleh nendanya bertukar menjadi mimpi ngeri. Belum sahaja mencecah ruangan rumah, beg adik Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, 3 tahun tersangkut pada pintu van dan mengheretnya sejauh 100 meter. Kejadian tersebut telah mengakibatkan beliau cedera parah di bahagian kepala, perut dan tangannya.

Laporan selanjutnya boleh dibaca di MyMetro di pautan ini.

Marilah kita mengambil iktibar daripada peristiwa pilu ini. Jika kita mengambil anak-anak, biarlah kita pimpin mereka ke kenderaan kita. Jangan biarkan mereka berjalan sendirian ataupun berlari-lari ke kenderaan. Sekurang-kurangnya, kita menanti mereka di pintu pagar taska / taski. Tambahan pula, jika mereka menaiki bas ataupun van, nantilah mereka agar mereka tiba di rumah dengan selamat.

Anak permata yang berharga. Bersamalah kita menjaga dengan sebaiknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Tuesday, January 18, 2011

Notis Penting


Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anda dan anak – anakanda, pihak Taski ABIM Kuching / Kota Samarahan merayu kepada tuan / puan supaya:

1.Tidak membiarkan kereta / motosikal atau apa – apa jenis kenderaan dalam keadaan enjin yang masih hidup untuk mengelakkan kenderaan anda dari dicuri.

2.Tidak meniggalkan sebarang barangan berharga (beg tangan, laptop, telefon bimbit dsb) di dalam kereta yang terbuka tingkap atau pintu untuk mengelakkan barangan tersebut dicuri atau diragut.

3.Memastikan anak – anak dibimbing ke kenderaan masing-masing dan tidak membiarkan mereka melintas jalan secara sendirian untuk mengelakkan anak anda dilanggar oleh kenderaan lain atau dilarikan oleh orang yang tidak dikenali.

4.Tidak memakaikan anak – anak anda dengan barangan kemas samada asli atau tiruan untuk mengelakkan dari sebarang kehilangan.


JANGAN BIARKAN ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MENGAMBIL KESEMPATAN DI ATAS KELALAIAN ANDA.


Daripada
BAHAGIAN PEMASARAN DAN KOMUNIKASI
TASKI / TAHIZ ABIM
KUCHING / KOTA SAMARAHAN