Wednesday, July 20, 2011

‘Tolong wan, adik sakit...’


Peristiwa menyayat hati ini telah berlaku di Ipoh pada Rabu, 20 Julai 2011. Hatinya yang girang sekembali dari Taska dinanti oleh nendanya bertukar menjadi mimpi ngeri. Belum sahaja mencecah ruangan rumah, beg adik Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, 3 tahun tersangkut pada pintu van dan mengheretnya sejauh 100 meter. Kejadian tersebut telah mengakibatkan beliau cedera parah di bahagian kepala, perut dan tangannya.

Laporan selanjutnya boleh dibaca di MyMetro di pautan ini.

Marilah kita mengambil iktibar daripada peristiwa pilu ini. Jika kita mengambil anak-anak, biarlah kita pimpin mereka ke kenderaan kita. Jangan biarkan mereka berjalan sendirian ataupun berlari-lari ke kenderaan. Sekurang-kurangnya, kita menanti mereka di pintu pagar taska / taski. Tambahan pula, jika mereka menaiki bas ataupun van, nantilah mereka agar mereka tiba di rumah dengan selamat.

Anak permata yang berharga. Bersamalah kita menjaga dengan sebaiknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

No comments:

Post a Comment