Monday, October 3, 2011

Ujian Kemasukan Tahun 1 SK(A) Hj. Abdul Kadir Hassan 2012


Kepada

Ibu Bapa / Penjaga,

Dimaklumkan bahawa ujian kemasukan Tahun 1 SK(A) Hj. Abdul Kadir Hassan bagi sesi persekolahan 2012 akan diadakan seperti yang berikut:

Tarikh : 8 Oktober 2011, Sabtu
Tempat : SK(A) Abdul Kadir Hassan, Kuching
Masa : 9.00 – 10.30 pagi

Dinasihatkan agar ibu bapa:

1.Menghantar anak seawal pukul 8.00 pagi
2.Memakai pakaian seragam Taski ABIM (hijau)
3.Membawa alat tulis
4.Menyediakan bekal minuman
5.Tidak menunggu anak sehingga selesai ujian

Diharapkan para ibu bapa / penjaga dapat memberikan kerjasama yang baik. Guru-guru Taski ABIM akan bertugas membantu anak-anak untuk menghadapi ujian dengan baik. Semoga anak-anak diberikan ketenangan dan dimudahkan untuk mendapat keputusan yang terbaik. Kita hanya berusaha, Allah yang akan memutuskan.

Sekian, terima kasih.

“Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah”

No comments:

Post a Comment