Thursday, September 29, 2011
Penghantaran Sumbangan Taski ABIM Meradong
Pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak, iaitu Yang Di-Pertua, En. Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin dan Setiausaha Negeri, En. Mahathir bin Fatimah telah mengadakan ziarah ke Taski ABIM Daerah Meradong pada Khamis, 29 September 2011. Kunjungan tersebut merupakan susulan huluran bantuan kepada Taski daerah tersebut yang telah terbakar pada 31 Julai 2011, sehari sebelum bulan Ramadhan 1432H bermula.
Taski ABIM Daerah Meradong telah ditangguhkan sehinggalah menyewa di sebuah rumah. Kini, Taski tersebut sudah beroperasi walaupun dalam serba kekurangan. Antara huluran bantuan ABIM Negeri Sarawak adalah kelengkapan seperti kipas, radio, tikar dan sejumlah wang bagi meringankan beban mereka.
Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat membakar semangat kepada pihak ABIM Daerah Meadong dan tenagan-tenaga pendidik Taski agar terus istiqamah dalam perjuangan mendidik anak-anak bangsa, insya-Allah.
"Memacu Wawasan Khayra Ummah"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment