Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Pengumuman Cuti Hari Raya Idulfitri 1432H



Assalamualaikum...

Ibu bapa / Penjaga

Dimaklumkan bahawa cuti pertengahan penggal 2 dan Hari Raya Idulfitri 1432H akan bermula 27 Ogos 2011, Sabtu sehingga 5 September 2011, Isnin. Taski/Tahfiz ABIM Kuching-Samarahan akan beroperasi pada Selasa, 6 September 2011.

Taski ABIM ingin mengucapkan selamat berpuasa. Maaf Zahir dan Batin daripada kami. Semoga mendapat kerahmatan dan keberkatan daripada Allah, insya-Allah...

Terima kasih, wassalam




Sunday, July 17, 2011

Majlis Hi-Tea 3G



Puan / Cik / Ustazah

Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM akan mengadakan Majlis Hit-Tea 3G iaitu pertemuan bersama 3 generasi HELWA/HEWI (ABIM-WADAH-PERKEPIS). Program tersebut akan diadakan seperti yang berikut:

Tarikh: 23 Julai 2011, Sabtu
Tempat: Dewan Ustaz Awang Pon Awang Sebon, Taski ABIM Taman Sri Wangi
Masa : 2.00 p.m - 5.00 p.m

Majlis tersebut bakal menghimpunkan generasi aktivis ABIM-WADAH-PERKEPIS, barisan guru dan staf Taski ABIM Kuching-Samarahan. Justeru HELWA dengan berbesar hati menjemput kaum wanita keluarga besar ABIM-WADAH-PERKEPIS untuk turut bersama menyertai majlis ini.



Untuk sebarang makluman dan maklum balas, boleh hubungi:
Pn. Nuraniza bt. Sulaiman (013 - 845 6472)
Cik Hamizah bt. Mokhtar (019 - 453 2754)
Sekretariat ABIM (082 - 442 617)

Sekian, terima kasih.

Wassalam

"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

"Membina dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah"

Tuesday, June 14, 2011

Ujian Kelayakan Madrasah 2011


Assalamualaikum w.b.t

Kepada

Ibu Bapa / penjaga,

Dimaklumkan terutama kepada pelajar Taski ABIM yang mendaftar ujian kelayakan kemasukan Tahun 1 ke SK(A) Dato' Hj. Abdul Kadir Hassan (yang juga dikenali sebagai Madrasah), Kuching akan diadakan seperti yang berikut:

Tarikh: 8 Oktober 2011, Sabtu
Tempat: SK(A) Dato' Hj. Abdul Kadir Hassan
Masa: 9.00 pagi - 10.00 pagi

Dinasihatkan agar ibu bapa / penjaga untuk membawa alat tulis yang lengkap kepada anak-anak. Juga, dinasihatkan agar berada di Madrasah awal untuk mengelakkan kesesakan kelak.

Terima kasih. Harap Maklum.

"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Sunday, May 15, 2011

Sambutan Hari Guru Taski ABIM 2011


Guru merupakan insan-insan yang tidak terkira besarnya makna dan jasa kepada kehidupan kita. Betapa siapapun seseorang itu pada suatu hari, apapun pekerjaannya, tinggi rendah darjatnya, pokok pangkalnya akan berbalik kepada jasa guru-guru yang mengajarkan, mendidik, bersabar membimbing anak-anak murid mereka.

Mulianya guru, nama mereka tidak didahului, melainkan dengan panggilan 'cikgu' ataupun seumpamanya. Dan, gelaran tersebut akan kekal melekat di bibir-bibir manusia, sekalipun jasadnya dimamah bumi...

Begitulah puisi lagenda oleh Sasterawan Negara Usman Awang dengan tajuk "Guru Oh Guru" (1979), mengungkapkan kemuliaan profesion guru, yang ikhlas membentur peribadi luhur anak-anak didiknya...


Bersempena dengan sambutan Hari Guru 2011, Taski ABIM Kuching-Samarahan dengan segala hormatnya menjemput ibu bapa / penjaga dan ahli masyarakat untuk bersama meraikan jasa dan pengorbanan para guru dalam bersama melakar pedoman untuk anak-anak. Oleh yang demikian, sambutan adalah seperti yang berikut (termasuk Taski dan Tahfiz ABIM):

Tarikh: 16 Jamadil Akhir 1432H / 20 Mei 2011, Jumaat
Tempat: Seluruh cawangan Taski ABIM Kuching-Samarahan
Masa: 8.00 pagi - 11.00 pagi
2.00 petang - 4.00 petang


Sebagai penyudah, marilah renungi ungkapan-ungkapan halus buat tatapan kepada jiwa pendidik:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
~"Guru Oh Guru" (1979), SN Usman Awang


Terima kasih atas segalanya, cikgu! Ampun salah dan silap tika kami sering tanpa sengaja menduga kesabaranmu!

"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Monday, May 9, 2011

Pendaftaran Sesi 2012 Taski ABIM Sudah Dibuka


Pendaftaran ke Taski ABIM Kuching-Samarahan sesi 2012 sudahpun dibuka! Calon pelajar adalah di kalangan yang berumur 4, 5 dan 6 tahun. Keperluan untuk pendaftaran ialah:

1. Salinan Sijil Lahir
2. Gambar berukuran pasport (untuk 6 tahun sahaja)
3. Wang Pendaftaran RM50


Untuk makluman lanjut, boleh hubungi nombor yang tertera di atas, ataupun ke Ibu Pejabat Taski ABIM Kuching-Samarahan, di:

No. 166, Taman Sri Wangi,
Jalan Menggeris,
93050, Kuching,
Sarawak.


Pautan peta ke Ibu Pejabat di sini.


View Taski/Tahfiz ABIM Sri Wangi, Kuching in a larger map

"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Sunday, April 17, 2011

Kem Citra Solehah


Remaja merupakan satu tempoh yang kritikal dalam kehidupan wanita. Bagaimana wanita melalui usia remaja akan mempengaruhi kehidupan mereka. Pada kesempatan ini Unit Dakwah Taski ABIM Kuching-Kota Samarahan dengan kerjasama Helwa ABIM Negeri Sarawak mengambil ruang hujung minggu untuk mengadakan satu program khusus bagi remaja perempuan yang tinggal di sekitar bandaraya Kuching, iaitu dinamakan sebagai Kem Citra Solehah.

Kem Citra Solehah ini adalah inisiatif kearah menyediakan anak–anak remaja perempuan menghadapi kehidupan yang mendatang sesuai dengan peningkatan usia dan kematangan mereka.Program ini diharapkan akan dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang simptom–simptom yang bakal mereka hadapi apabila meningkat remaja dan seterusnya memasuki akil baligh. Semoga program yang dianjurkan ini akan melahirkan generasi Muslim yang celik hukum agama, insya-Allah.

Antara objektif program tersebut ialah:

a. Meningkat kefahaman teori dan amali bersuci wanita dengan lebih lanjut.

b. Meningkat kemahiran dan kreativiti sebagai anak–anak solehah.

c. Mengeratkan silaturahim di antara anak–anak dan ahli keluarga ABIM dan masyarakat.



Berikut merupakan butiran Kem Citra Solehah.

Tarikh: 7 Mei 2011, Sabtu

Tempat: Taski ABIM Samariang (B), Jalan Sultan Tengah, 93050, Petra Jaya Kuching

Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengahari

Peserta: Pelajar perempuan berumur 9 - 12 tahun

Yuran: RM15.00


Tentatif program:

0700 pg - Pendaftaran peserta

0730 pg - Taklimat

0800 pg - Solat Dhuha Berjemaah

- Diketuai: Ustazah Zainon bt Hj Karim

0830 pg - Ceramah

Tajuk: “Melangkah ke alam Baligh”
- LDK: Mandi wajib

- Kamahiran Hidup: Masakan Tanpa Api

- Motivasi : “Permataku”

- LDK

- Penyampaian Cenderahati

- Solat Zuhur Berjemaah

1230 t/hari - Bersurai


Bagi ibu bapa / penjaga yang berminat menghantar anak anda menyertai program ini, anda boleh berhubung melalui:

Cik Dayangku Kartina (019 - 834 6517)
Puan Syarifah Masniah (019 - 467 6456)
Ibu pejabat, Taski ABIM Taman Sri Wangi (082 - 446 217)
Grup Facebook "Taski ABIM Kuching-Samarahan"
Ruangan komen blog Taski ABIM.



"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Wednesday, April 6, 2011

Sesi Fotografi Taski ABIM Kuching-Samarahan 2011


Sesungguhnya kenangan terindah tika masa lampau bisa terakam melalui gambar fotografi. Hari graduasi, penyampaian hadiah, kemenangan sukaneka merupakan detik yang mungkin terjadi sekali pada seumur hidup. Pasti suatu hari kelak, seseorang mengukir senyuman dek terimbau zaman persekolahan.

Oleh yang demikian, Taski ABIM Kuching-Samarahan akan mengadakan sesi fotografi kepada semua pelajar Taski. Pelajar Taski 6 tahun akan diambil foto individu dengan mengenakan jubah Konvokesyen Taski ABIM ke-23 yang akan diadakan pada bulan November kelak, insya-Allah. Bagi pelajar Taski 4 dan 5 tahun, mereka akan bergambar mengikut kelas bersama guru masing-masing.



Sesi fotografi Taski ABIM Kuching-Samarahan 2011 akan diadakan pada tarikh dan cawangan seperti yang berikut:

1.13 April 2011, Rabu: Taman Sri Wangi

2.18 April 2011, Isnin: Samariang A

3.19 April 2011, Selasa: Samariang B

4.20 April 2011, Rabu: Taman Petronesa

5.25 April 2011, Isnin: Matang Jaya

6.26 April 2011, Selasa: Tabuan Jaya & Kpg Cemerlang


Mohon perhatian kepada ibu bapa / penjaga, agar memastikan anak-anak menjalani persekolahan seperti biasa pada hari tersebut. Ini kerana tarikh dan lokasi penggambaran telah ditempah untuk hari tersebut sahaja.

Pembayaran dibuat berdasarkan pakej-pakej yang ditawarkan.

Rakamkan detik-detik indah anda bersama insan tersayang.


Sekian, Terima kasih.


“Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah”

Wednesday, March 30, 2011

::Hari Prestasi Taski ABIM Kuching-Samarahan::


Kepada Ibu bapa / Penjaga:

Dimaklumkan bahawa Taski ABIM Kuching-Samarahan akan mengadakan Hari Prestasi seperti yang berikut:

Tarikh : 15 April 2011, Jumaat
Tempat : Semua cawangan Taski ABIM Kuching-Samarahan
Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi
2.00 – 4.00 petang

Hari Prestasi ini diadakan dengan tujuan agar para ibu bapa / penjaga dapat berjumpa dengan guru pelajar Taski yang berumur 4, 5 dan 6 tahun. Sesi ini bertujuan agar ibu bapa / penjaga berpeluang berbincang dengan guru berkenaan prestasi anak-anak. Mohon perhatian bahawa tidak ada sesi persekolahan pada hari tersebut.

Semoga kita mendapat manfaat bersama dalam pertemuan tersebut. Kami menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk generasi anak-anak kita.

Terima kasih, wassalam.

“Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah”

Sunday, January 30, 2011

al-Fatihah...


Dukacita dimaklumkan, bahawa ayahanda kepada Pemangku Guru Besar Taski ABIM Tabuan Jaya, Ustazah Zainon bt. Abdul Karim telah kembali ke rahmatullah pada Ahad, 30 Januari 2011 di kediaman beliau di Kampung Sekedup, Batu Kawa, Kuching pada 10.30 pagi.

Taski ABIM Kuching/Samarahan mengucapkan takziah buat beliau dan seisi keluarga. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh... ameen...

Wassalam

Tuesday, January 18, 2011

Majalah AULAD


Taski/Tahfiz ABIM Kuching/Samarahan mengumumkan bahawa tempahan majalah pra-sekolah, Aulad masih dibuka.

Majalah ini memuatkan banyak pengisian berteraskan pendidikan Islam kepada anak-anak. Melalui majalah ini, anak-anak didedahkan dengan penghayatan doa, akidah, kisah para Nabi dan Rasul, latihan menulis, mewarna, aktiviti kuiz, komik nasihat dan pelbagai lagi.

Ibu bapa boleh melanggan majalah ini dengan harga RM42.00 untuk langganan setahun (12 bulan). Langganan setahun akan melayakkan anda untuk menerima sehelai kemeja-T percuma!

Sebagai makluman anda, majalah ini hanya boleh didapati di Taski/Tahfiz ABIM Sri Wangi sahaja.