Showing posts with label Persekolahan. Show all posts
Showing posts with label Persekolahan. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

::Hari Prestasi Taski ABIM Kuching-Samarahan::


Kepada Ibu bapa / Penjaga:

Dimaklumkan bahawa Taski ABIM Kuching-Samarahan akan mengadakan Hari Prestasi seperti yang berikut:

Tarikh : 15 April 2011, Jumaat
Tempat : Semua cawangan Taski ABIM Kuching-Samarahan
Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi
2.00 – 4.00 petang

Hari Prestasi ini diadakan dengan tujuan agar para ibu bapa / penjaga dapat berjumpa dengan guru pelajar Taski yang berumur 4, 5 dan 6 tahun. Sesi ini bertujuan agar ibu bapa / penjaga berpeluang berbincang dengan guru berkenaan prestasi anak-anak. Mohon perhatian bahawa tidak ada sesi persekolahan pada hari tersebut.

Semoga kita mendapat manfaat bersama dalam pertemuan tersebut. Kami menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk generasi anak-anak kita.

Terima kasih, wassalam.

“Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah”

Sunday, January 2, 2011

Bermula Hari Ini...


Hari ini merupakan hari istimewa kepada Si Kecil. Pada hari inilah mereka pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Hujan rahmat yang turun pada awal pagi memayungi ayah dan ibu memimpin tangan anak-anak mereka ke pintu-pintu sekolah.

Hari ini haru baru bermula. Hari ini hari bersejarah membuka jalan kepada mengenal segala-galanya: jalan ilmu sudah terpampang jelas.


Guru-guru menyambut dengan senyuman ceria, menghilangkan gusar Si Kecil. Perasaan gemuruh akan mendepani hari-hari di tempat baru dan kenalan baru. Namun demikian, Si Kecil bisa mengalirkan air mata apabila mereka hilang dari mata apabila ibu dan ayah sudah jauh di mata.

Tangisan itu disambut oleh Sang Guru yang setia menemani anak-anak didik mereka. Hari ini baru bermula. Hari ini bermula mengenal alif, ba, ta. A, B dan C. Sesungguhnya, perjalanan seribu batu bermula daripada langkah pertama. Hari ini adalah harinya.



Taski ABIM Kuching/Samarahan mengucapkan tahniah dan syukur buat ibu bapa semuanya, anak-anak sudah berada di alam persekolahan. Semoga urusan anak-anak sentiasa dipermudahkan. Semoga tercapai harapan hendaknya anak-anak akan menjadi insan-insan soleh dan solehah yang berbakti kepada orang tuanya suatu hari kelak, insya-Allah.


“Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah”