Wednesday, March 30, 2011
::Hari Prestasi Taski ABIM Kuching-Samarahan::
Kepada Ibu bapa / Penjaga:
Dimaklumkan bahawa Taski ABIM Kuching-Samarahan akan mengadakan Hari Prestasi seperti yang berikut:
Tarikh : 15 April 2011, Jumaat
Tempat : Semua cawangan Taski ABIM Kuching-Samarahan
Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi
2.00 – 4.00 petang
Hari Prestasi ini diadakan dengan tujuan agar para ibu bapa / penjaga dapat berjumpa dengan guru pelajar Taski yang berumur 4, 5 dan 6 tahun. Sesi ini bertujuan agar ibu bapa / penjaga berpeluang berbincang dengan guru berkenaan prestasi anak-anak. Mohon perhatian bahawa tidak ada sesi persekolahan pada hari tersebut.
Semoga kita mendapat manfaat bersama dalam pertemuan tersebut. Kami menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk generasi anak-anak kita.
Terima kasih, wassalam.
“Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment