Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Salam Takziah...


Assalamualaikum...

Dukacita dimaklumkan, bonda kepada petugas Pusat Transit Taski ABIM Taman Sri Wangi, Pn. Maseniah bt. Hamdan telah kembali ke rahmatullah pada pagi Selasa, 19 Julai 2011 di Kabong, Sarikei. Takziah diucapkan kepada beliau dan sekeluarga. Kita doakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh, amiin. Marilah kita renungkan daripada ayat ke-185 al-Quran, Surah ali-Imran:

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada Hari Kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya."

Sekian, wassalam.

"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Sunday, January 30, 2011

al-Fatihah...


Dukacita dimaklumkan, bahawa ayahanda kepada Pemangku Guru Besar Taski ABIM Tabuan Jaya, Ustazah Zainon bt. Abdul Karim telah kembali ke rahmatullah pada Ahad, 30 Januari 2011 di kediaman beliau di Kampung Sekedup, Batu Kawa, Kuching pada 10.30 pagi.

Taski ABIM Kuching/Samarahan mengucapkan takziah buat beliau dan seisi keluarga. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh... ameen...

Wassalam