Wednesday, March 30, 2011
Program Inspirasi Imam Muda 2011
Peka akan peri penting kekuatan umat Islam akan datang bergantung kepada belia muda, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak akan mengadakan program Inspirasi Imam Muda 2011 pada 2 sehingga 3 April 2011 ini dengan tema “Generasi Muda, Generasi Mukmin”. Butir-butir program adalah seperti yang berikut:
Tarikh : 2 – 3 April 2011
Tempat : Surau al-Falah (bersebelahan dengan Balai Bomba Samariang, Kuching)
Program ini mempunyai matlamat:
a.Mengeratkan siratulrahim sesama peserta, pihak surau & penganjur.
b.Mengajak golongan muda membuat persiapan lengkap bagi mempelajari salah satu tuntutan fardhu kifayah yang harus mereka pelajari.
c.Memberi kesedaran kepada para peserta akan kepentingan solat.
d.Memberi pendedahan mengenai cara-cara menunaikan solat dengan sempurna
e.Mengimarahkan surau/masjid, memberi kesedaran agar solat berjemaah dapat dibudayakan.
Berikut merupakan tentatif program:
Hari Pertama, 2 April 2011 (Sabtu)
8.00 pagi: Pendaftaran peserta
8.15 pagi: Taklimat peserta
9.00 pagi: Pengurusan Jenazah 1
“Sebelum Kematian & Persiapan Sejurus Kematian”
Ustaz Sabri Wahid
Pegawai Urusetia Saudara Kita, Majlis Islam Sarawak
10.00 pagi: Minum pagi
10.30 pagi: Pengurusan Jenazah 2
“Solat Jenazah & Pengebumian”
Ustaz Wan Sabri Wahid
Pegawai Urusetia Saudara Kita, Majlis Islam Sarawak
12.00 t/hari: Solat Zuhur
2.15 petang: Praktikal Pengurusan Jenazah (mandi)
3.15 petang: Praktikal Pengurusan Jenazah (Kafan & Solat)
4.15 petang: Minum petang
Solat Asar
5.15 petang: Khidmat diri
6.30 petang: Makan malam
Solat Maghrib
Bacaan zikir/ratib
Solat Isyak
8.30 malam: Kuliah Perdana
“Pemurnian ‘Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah dalam Amalan Ulama’ Nusantara”
Ustaz Hasfa Bakhry bin Hassan
Yang Di-Pertua ABIM Negeri Sarawak
10.00 malam: Minum malam
Iktikaf
Hari Kedua, 3 April 2011 (Ahad)
3.00 pagi: Qiyamullail
- Solat Sunat Tahajjud
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir
5.30 pagi: Solat Subuh Berjemaah
Kuliah Subuh
Ustaz Muhammed ‘Afif bin Iskandar
Exco Penerangan dan Penerbitan ABIM Negeri Sarawak
7.00 pagi: Sarapan pagi
8.00 pagi: Majlis Penangguhan
Doa Wehdah
Pembinaan potensi manusia melalui latihan-latihan tertentu adalah suatu ketetapan yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T. Ini kerana manusia punyai potensi yang padanya terdapat akal, jasad dan roh. Jikalau peningkatan akal dan jasad memerlukan latihan dan bimbingan tertentu, maka pengingkatan dalam aspek roh dan hati adalah lebih rumit dan halus.
Justeru, amat tinggilah harapan kita, semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan segala objektif dapat dicapai. Semoga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah S.W.T... ameen...
Membina dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah
Labels:
ABIM,
belia,
masyarakat,
Pendidikan,
Program,
Tarbiyah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment