Monday, April 4, 2011

Penaiktarafan IT Pengajaran & Pembelajaran Taski ABIM


Mulai April 2011, Taski ABIM Kuching-Samarahan menaiktaraf kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan alat bantu mengajar menggunakan perisian komputer. Perkara ini merupakan langkah anjakan kepada guru-guru Taski ABIM dalam mempertingkat mutu kemahiran mengajar dengan lebih berkesan.


Sebagai permulaan, pelajar Taski ABIM 5 dan 6 Tahun berpeluang untuk mempelajari subjek sains melalui perisian “Science with Activities”, direka oleh syarikat G-Elite Kids.




Perisian tersebut membantu agar interaksi (hubungan dua hala) antara guru dan pelajar bertambah baik. Dengan adanya elemen multimedia yang menarik, para pelajar mengalami proses pembelajaran yang disertai dengan nyanyian, kemahiran berfikir dan pelbagai aktiviti.

"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

No comments:

Post a Comment