Thursday, April 7, 2011

Pertanyaan Tentang Tahfiz ABIM


Pihak Taski ABIM Kuching-Samarahan telah menerima pertanyaan mengenai kelayakan kemasukan pakej Tahfiz ABIM.

Rumusan pertanyaan tersebut adalah; bolehkah seseorang yang berumur 13 tahun memasuki Tahfiz ABIM.

Jawapan:
Tahfiz ABIM boleh menerima seorang pelajar yang berumur tersebut. Bahkan, Tahfiz boleh menerima pelajar yang berumur lebih daripada 13 tahun. Namun perlu diketahui bahawa majoriti pelajar Tahfiz adalah berumur sehingga 12 tahun sahaja.

Pernah ada seorang pelajar yang berumur 16 tahun telah mengikuti pakej Tahfiz, tetapi hanya bertahan seminggu sahaja. Pelajar tersebut berhenti kerana rakan-rakan sekelasnya jauh lebih muda dan beliau berasa tidak serasi akan suasana tersebut.

Pihak kami mencadangkan agar mencari institusi yang menyediakan program tahfiz di sekitar Kuching-Samarahan di peringkat umur sekolah menengah. Antara yang dicadangkan ialah program tahfiz di Masjid Ikhwan al-Muslimin di Taman SUKMA dan Madarasah al-Khairat, Gita.

Terima kasih atas perhatian dan sokongan padu anda.


"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

No comments:

Post a Comment