Tuesday, September 13, 2011
Mari Menyumbang Untuk Saudara di Somalia
Umat Islam ini digambarkan oleh Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam sebagai sebuah badan. Sabda baginda, jika satu anggota terasa sakit, maka seluruh badan akan terasa sakit. Begitulah kita sebagai umat Islam, seharusnya merasa juga menggalas beban menanggung penderitaan saudara umat Islam di seluruh dunia.
Bumi Somalia sudah lama bergolak, dek konflik yang tiada berkesudahan. Kebuluran berlaku di mana-mana. Adakah hati kecil kita ini pernah terdetik membantu mereka?
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak berganding bahu dengan Global Peace Malaysia (GPM) turut serta dalam mengumpul dana untuk Tabung Kemanusiaan Somalia. Alhamdulillah, pada Ramadhan 1432H yang lepas, GPM telah menguhulurkan sumbangan sebanyak USD 10,000 melalui Yayasan Zam Zam Somalia.
ABIM Negeri Sarawak menyeru ahli masyarakat untuk sama menyumbang meringankan bebanan saudara kita di sana. Resit bernilai RM10 setiap satu bahagian sumbangan akan diserahkan kepada anda. Resit tersebut boleh digunakan untuk tuntutan pelepasan cukai kelak.
Anda boleh menghulurkan sumbangan dengan berkunjung ke:
Sekretariat ABIM Negeri Sarawak,
No. 1193, Tingkat 1,
Taman Sri Wangi, Jalan Menggeris,
93050, Kuching, Sarawak.
Tel: 082 - 442 167
Taski ABIM,
No. 166,
Taman Sri Wangi, Jalan Menggeris,
93050, Kuching, Sarawak.
Tel: 082 – 446 217
Faks: 082 – 441 393
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Global Peace Mission (GPM) Malaysia,
2-2A Jalan GJ2,
Batu 5½ Jalan Gombak,
53100, Kuala Lumpur,
Tel: 03 – 6188 3230
Sekian, terima kasih.
“Memacu Wawasan Khayra Ummah”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment