"I Know What, Living Things Can Do!"
Kedengaran suara-suara comel yang menyanyikan lagu metod pembelajaran terbaru subjek Sains di salah sebuah cawangan Taski ABIM Kuching-Samarahan yang terletak di Taman Matang Jaya, Kuching. Pembelajaran sains tersebut menggunakan perisian multimedia G-Elite Kids yang telah dimanfaatkan sejak awal April 2011. Perisian tersebut telah digunakan serentak di 8 cawangan Taski ABIM.
Penggunaan perisian tersebut merupakan penaiktarafan oleh Taski ABIM Kuching-Samarahan dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (PnP). Kaedah PnP yang kreatif dan pelbagai menerapkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan para pelajar secara aktif melalui nyanyian lagu, animasi, kuiz, eksprimen dan pelbagai lagi.
Para pelajar terlibat secara aktif dalam PnP
PnP melalui multimedia ini membantu para pelajar untuk menghayati subjek sains dengan cara memahamkan mereka dengan kejadian-kejadian yang ada di sekeliling kita.
Nyanyian mendidik dan menghiburkan oleh para pelajar
Sesungguhnya sains merupakan satu cabang ilmu daripada Allah. Dengan sains, kita terdidik untuk meneliti ciptaan-Nya dan melihat akan Kebesaran Kuasa-Nya. Cukuplah dengan apa yang ada pada diri kita sebelum menilik keluasan alam, betapa besarnya nikmat Allah Sang Pencipta perlu kita syukuri... insya-Allah.
"(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungilah kami daripada azab neraka.'" (ali-Imran, 3: 191)
"Ke Arah Pendidikan Anak-anak yang Soleh dan Solehah"
No comments:
Post a Comment