Berkenaan peri mustahak akan pelajaran al-Quran kepada pembesaran anak-anak, ibnu Khaldun dalam kitab beliau, Mukaddimah, telah menulis:
“Ketahuilah bahawa mengajar al-Quran kepada anak-anak, adalah lambang Islam yang selalu dikerjakan oleh kalangan agama Islam di seluruh penjuru negeri, untuk meresapkan iman dan meneguhkan aqidah melalui ayat-ayat sucinya dalam hati yang masih kosong dan bersih, agar al-Quran tetap menjadi dasar yang di atasnya tegak berdiri seluruh bakat dan pengetahuan yang akan diperolehnya kelak pada kemudian hari.
Bahawa telah menjadi adat istiadat yang khas dalam lingkungan Islam, mendahulukan pelajaran al-Quran untuk mengutamakan berkat daripadanya, dan kerana kekhuatiran akan adanya halangan dan hal-hal negative yang lazimnya dialami oleh anak-anak yang berusia penuh pancaroba itu, sehingga pelajaran al-Quran akhirnya ditinggalkan."
Ayuh, budayakanlah membaca, menghayati, memahami dan mengamalkan al-Quran. Jadikanlah membaca kitab yang mulia ini mendarah daging dalam kehidupan seharian kita. Insya-Allah, berkat kesabaran kita konsisten dalam beramal, maka terpancarlah cahaya yang menarik kita sekeluarga untuk mendekati ajaran-Nya.
“Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah”
No comments:
Post a Comment