Friday, July 29, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 KIPSA


Syukur Alhamdulillah kepada Allah, Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 Koperasi Pendidikan ABIM Sarawak(KIPSA) telah diadakan dengan jayanya pada 30 Julai 2011, Sabtu. Mesyuarat tersebut telah dilangsungkan di Dewan Ustaz Awang Pon bin Awang Sebon, Taski ABIM Taman Sri Wangi. Mesyuarat tersebut telah dihadiri adalah Ahli Lembaga Koperasi (ALK), ahli-ahli di kalangan guru dan staf Taski ABIM, serta ahli WADAH. Turut hadir adalah wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Rozaimah.

KIPSA ditubuhkan adalah sebagai wadah untuk membaiki taraf kehidupan di kalangan staf dan guru Taski ABIM. KIPSA kini menjalankan perniagaan di ruang koperasi, iaitu di Taski ABIM Sri Wangi.

Terima kasih diucapkan kepada hadirin dan hadirat yang telah menghadiri mesyuarat agung tersebut. Semoga keputusan yang telah dicapai akan menganjakkan lagi kemajuan koperasi untuk manfaat bersama, insya-Allah.

"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

No comments:

Post a Comment