
Dukacita dimaklumkan bahawa Taski ABIM Daerah Meradong (Bintangor) telah ranap dijilat api pada Ahad, 31 Julai 2011 yang lepas. Kemalangan tersebut telah menyebabkan operasi pra-sekolah tersebut ditangguhkan selama seminggu. Ini bagi mencari lokasi baru bagi meneruskan pendidikan anak-anak.
Taski ABIM memohon jasa baik daripada ahli masyarakat untuk menyumbang seikhlas hati bagi membantu meringankan beban dan sebagai sokongan kepada mereka. Sumbangan tersebut bolehlah disalurkan kepada Taski ABIM Kuching-Samarahan (beribu pejabat di Taski ABIM Taman Sri Wangi). Anda boleh menghubungi pejabat di talian 082 - 446 217.
Terima kasih. Wassalam
"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"
NOTA: Gambar merupakan Taski ABIM Daerah Meradong ketika Kembara Ziarah ABIM Negeri Sarawak pada Jun 2010
No comments:
Post a Comment