Showing posts with label Semurni Kasih Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Semurni Kasih Ramadhan. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Semurni Kasih Ramadhan 4: Minggu Pertama


Semurni Kasih Ramadhan 4 telah berlangsung dengan jayanya dalam minggu pertama Ramadhan 1432H. Beberapa lokasi telah terpilih:

1. Kpg. Sinar Budi Baru, Batu Kawa, 9 Ogos 2011, Selasa (20 keluarga)

2. SK Samariang Batu, 10 Ogos 2011, Rabu (5 pelajar)

3. Setinggan Taman Won Baru, Matang, 11 Ogos 2011, Khamis (4 keluarga)

Insya-Allah Semurni Kasih Ramadhan 4 akan diteruskan pada minggu kedua Ramadhan. Program adalah seperti yang berikut:

Tarikh: 15 Ramadhan 1432H / 15 Ogos 2011, Isnin Tempat: Kpg. Telaga Air Penerima: 20 keluarga

Tarikh: 16 Ramadhan 1432H / 16 Ogos 2011,Selasa Tempat: Kpg. Sg. Laruh, Kuching Penerima: 26 keluarga

Tarikh: 17 Ramadhan 1432H / 17 Ogos 2011, Rabu Rabu
Tempat: Tabuan Hilir, Kuching
Penerima: 9 keluarga mangsa kebakaran


Insya-Allah rombongan akan bertolak pada 8.30 pagi setiap kali program. Bagi sesiapa yang berminat, anda digalakkan untuk menggunakan pengangkutan sendiri. Ini kerana barangan sumbangan agak banyak dan berat. Bersamalah kita hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Kita gembeleng segala yang mampu, agar menjadi kebangaan sebaik suri tauladan sepanjang zaman, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam...

"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Wednesday, August 10, 2011

Semurni Kasih Ramadhan 4: Kpg. Sinar Budi Baru, Bt. Kawa


Tirai Semurni Kasih Ramadhan 4 telah pun dibuka dengan tibanya rombongan ABIM di Kpg. Sinar Budi Baru, Batu Kawa, Kuching pada 9 Ramadhan 1432H / 9 Ogos 2011, Selasa yang lepas. Seramai 20 keluarga telah menerima sumbangan program di kalangan penduduk kampung.

Majlis yang serba ringkas tetapi penuh dengan kesederhanaan. Pihak rombongan ABIM telah dibantu oleh ahli jawatankuasa Masjid Darus Sakinah bagi mengenalpasti keluarga yang layak menerima bantuan.

Sila ikuti lanjut di blog ABIM Negeri Sarawak di pautan ini.

Sunday, August 7, 2011

Destinasi Pertama Semurni Kasih Ramadhan 4


ABIM Negeri Sarawak bersama Unit Dakwah Taski ABIM Kuching-Samarahan bersama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) sedang menganjurkan program Semurni Kasih Ramadhan 4 dalam Ramadhan 1432H ini. Program ini menyahut seruan Sang Kekasih kita, Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, iaitu membanyakkan menghulurkan sedekah. Sabda baginda:

Daripada Anas radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu alaihi wasallam ditanya,“Apakah sedekah yang paling utama?” Jawab baginda s.a.w, “Sedekah yang dilakukan dalam bulan Ramadhan.”(Hadith Riwayat Imam Tarmizi)


Berikut merupakan destinasi awal projek ini:

Tarikh: 9 Ramadhan 1432H / 9 Ogos 2011, Selasa
Tempat: Kpg. Sinar Budi Baru, Batu Kawa, Kuching
Masa: 9.00 pagi
Penerima: 20 keluarga terpilih

Tarikh: 10 Ramadhan 1432H / 10 Ogos 2011, Rabu
Tempat: SK Samariang Batu, Samariang, Kuching
Masa: 7.00 pagi
Penerima: 5 pelajar terpilih

Marilah kita beramai-ramai hadir memberikan sokongan program ini. Marilah kita menggolongkan diri kita sebagai insan-insan yang peduli akan sabda Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dalam mengejar satu lagi kelebihan Ramadhan:

“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (Hadis Tirmidzi, Ahmad & An-Nasa’i)



Sekian, wassalam.

"Memacu Wawasan Khayra Ummah"