Sunday, February 6, 2011

Taski Turun Padang: Maulidur Rasul Sebuyau 1432H


"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (Muhammad sallallahu alaihi wasallam), 'Wahai orang-orang yang berimanm berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya'." (Surah al-Ahzab, 33:56)

Bulan Rabiul Awal 1432H menjelang lagi. Bulan ini merupakan waktu kenangan terindah memperingati akan kelahiran terbitnya fajar cahaya gemilang, dengan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Baginda sallallahu alaihi wasallam. telah diutuskan sebagai penyebar rahmat serata alam, menghias akhlak manusia dan menerangi hati-hati yang gelap dan berdakwah mengajak manusia hidup bersyariat mengagungkan Tuhan, Allah S.W.T.

Disebutkan dalam dalam buku Allah memuliakan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, nukilan Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab al-Linggi:

Mengetaui keharuman sirah dan kemuliaan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. pada zaman sekarang ini adalah suatu yang darurat dan sangat diperlukan untuk kita kembali mengikuti landasan perjalanan Baginda sallallahu alaihi wasallam.. Dan kalau tidak keterlaluan, membaca sirah yang ada berkaitan dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. hukumnya adalah wajib. Ini kerana ia adalah Rukun Iman dan segala yang datang daripada Nabi sallallahu alaihi wasallam. hakikatnya adalah yang dijadikan oleh Allah S.W.T.


Menyahut seruan ini, dalam rangka sambutan bulan gemilang Rabiul Awal, Unit Dakwah Taski ABIM Kuching/Samarahan menerusi program Taski Turun Padang akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1432H di seperti yang berikut:

Ceramah Maulidur Rasul 1432H

Tarikh : 11 Rabiul Awal / 14 Februari 2011
Tempat : Surau Darul Makmur, Sebuyau
Tajuk : Rasulullah s.a.w Tauladan Sepanjang Zaman
Penceramah: Ustaz Raufa Irman, pensyarah Kolej Twintech, Kuching
Masa : Maghrib

Bengkel Kesempurnaan Solat
Tarikh : 12 Rabiul Awal / 15 Februari 2011
Tempat : Surau Darul Makmur, Sebuyau
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Marilah kita bersama-sama berganding bahu menegakkan sinar syiar agama Allah di mana-mana sahaja, dengan keizinan, taufiq dan hidayah Allah, sementara masa masih ada. Marilah kita bersama-sama menggembirakan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dengan bertambah ramainya manusia yang kembali meniti jalan yang ditunjukinya kepada Tuhan Rabbul Jalil, Allah S.W.T.


"Terang benderanglah alam semesta kerana bergembira;
Dengan kelahiran Nabi Junjungan Pilihan, Ahmad (Nabi Muhamad s.a.w)
"
~Imam al-Hafiz Abd Rahman al-Daiba'


"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

No comments:

Post a Comment