Wednesday, July 4, 2012

Kemasukan Ke Tahun 1 SK(A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan Kuching 2013

Kepada,
Ibubapa pelajar Taski ABIM Kuching/Samarahan

Semoga tuan/puan berada di bawah rahmat Allah S.W.T. 

Pihak Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) ABIM, ingin memaklumkan berkuatkuasa pada tahun 2012, ujian kemasukan ke tahun 1 di SK(A) Datuk Haji Abd Kadir Hassan Kuching akan melalui proses saringan berikutan arahan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

2.        Untuk makluman Tuan/Puan, kertas UJIAN SARINGAN tersebut adalah disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam (Sektor Agama) Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Dengan keputusan ujian saringan tersebut, hanya pelajar yang LAYAK akan MENDUDUKI UJIAN KEMASUKAN ke tahun 1 SK(A) Datuk Haji Abd Kadir Hassan Kuching. Tarikh ujian saringan akan dimaklumkan kemudian setelah pihak kami menerima arahan dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

3.       Justeru, Tuan/Puan yang berminat untuk menghantar anak ke SK(A) Datuk Haji Kadir Hassan Kuching perlulah mengisi borang yang telah disediakan berserta :

          - Satu salinan sijil kelahiran
          - Sekeping gambar berukuran passport.
          - Alamat dan nombor telefon yang terkini.
Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah berhubunng terus ke pejabat Taski ABIM Taman Sri Wangi atau mana-mana cawangan Taski ABIM sekitar Kuching/Samarahan.

Sunday, July 1, 2012

Sukaneka Taski ABIM 2012

Dengan Segala hormat dan takzimnya kami menjemput dan mempersilakan
Tuan/Puan/Ustaz/Ustazah/Saudara/Saudari

Ke

SUKANEKA TASKI ABIM 2012

Pada

14 Julai 2012

Di

Stadium MBKS, Taman Rekreasi, Jalan Pending, Kuching

Masa

7.30 pagi


# Segala pertanyaan bolehlah menghubungi talian 082-446217

Tuesday, June 5, 2012

Seminar Kualiti Pendidikan Dalam Pengurusan Taska/Tadika

Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan "Seminar Kualiti Pendidikan Dalam Pengurusan Taska/Tadika". Butirannya adalah seperti berikut :

Nama program : "Seminar Kualiti Pendidikan Dalam Pengurusan Taska/Tadika"
Tarikh : 9 Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 2 p.m - 6 p.m
Tempat : Regal Court Hotel, Kuching.

# Kemasukan adalah percuma dan terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Sijil penyertaan disediakan oleh pihak Progresive Heritage Management.

          Seminar ini adalah sebagai rangka asas dalam perkembangan guru-guru tadika / taska yang mahir dan memahami perkembangan kanak-kanak. Disamping itu, bengkel ini adalah menyahut baik usaha kerajaan dala menjayakan kempen pembelajaran sepanjang hayat untuk semua lapisan masyarakat.

Objektif seminar :

- Meningkatkan kualiti pengurusan taska / tadika.
- Pengukuhan pemahaman perkara berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
- Meningkatkan dorongan untuk terus menimba ilmu pengetahuan khususnya dalam pendidikan.

Sasaran :

- Pengusaha Taska/Tadika
- Guru besar Taska/Tadika
- Guru-guru Taska/Tadika

# Pesanan ini dibuat khas buat guru-guru Taski/Tahfiz Abim sahaja.

Wednesday, May 30, 2012

Monday, May 7, 2012

BAYARAN TASKI ABIM KUCHING / KOTA SAMARAHAN 2013


PAKAIAN LELAKI / PEREMPUAN  –  S, M, L 
RM 28.00
BAJU SUKAN                                       -  S, M, L
RM 28.00



PELAJAR 4 TAHUN ( LAHIR 2009 )

Yuran Pendaftaran
RM   50.00
Yuran Januari dan November            ( RM 90 sebulan )
RM 180.00
Buku Teks dan Aktiviti        
RM   85.00
Buku Latihan dan Alatulis
RM   85.00
Tabung Bangunan
RM   10.00
Tag Nama
RM     4.00
Buku Laporan Prestasi Penggal
RM     7.00
Takaful Kelompok
RM     3.00
Jumlah
RM 424.00



PELAJAR 5 TAHUN ( LAHIR 2008 )

Yuran Pendaftaran    
RM   50.00
Yuran Januari dan November ( RM 90 sebulan )
RM 180.00
Buku Teks dan Aktiviti
RM 100.00
Buku Latihan dan Alatulis
RM   90.00
Tabung Bangunan
RM   10.00
Buku Laporan prestasi penggal
RM     7.00
Tag Nama
RM     4.00
Takaful Kelompok
RM     3.00
Jumlah
RM 444.00



PELAJAR 6 TAHUN ( LAHIR 2007 )

Yuran Pendaftaran
RM   50.00
Yuran Januari dan November ( RM 90 sebulan )      
RM 180.00
Buku Teks dan Aktiviti
RM 100.00
Buku Latihan dan Alatulis
RM   90.00
Tabung Bangunan
RM   10.00
Tag Nama
RM     4.00
Buku Laporan Prestasi Penggal
RM     7.00
Sewa Jubah Konvokesyen
RM   10.00
Takaful Kelompok     
RM     3.00
Sijil Taski
RM     4.00
Jumlah
RM 458.00


Segala pertanyaan bolehlah merujuk secara langsung di cawangan berdekatan :





Monday, October 3, 2011

Ujian Kemasukan Tahun 1 SK(A) Hj. Abdul Kadir Hassan 2012


Kepada

Ibu Bapa / Penjaga,

Dimaklumkan bahawa ujian kemasukan Tahun 1 SK(A) Hj. Abdul Kadir Hassan bagi sesi persekolahan 2012 akan diadakan seperti yang berikut:

Tarikh : 8 Oktober 2011, Sabtu
Tempat : SK(A) Abdul Kadir Hassan, Kuching
Masa : 9.00 – 10.30 pagi

Dinasihatkan agar ibu bapa:

1.Menghantar anak seawal pukul 8.00 pagi
2.Memakai pakaian seragam Taski ABIM (hijau)
3.Membawa alat tulis
4.Menyediakan bekal minuman
5.Tidak menunggu anak sehingga selesai ujian

Diharapkan para ibu bapa / penjaga dapat memberikan kerjasama yang baik. Guru-guru Taski ABIM akan bertugas membantu anak-anak untuk menghadapi ujian dengan baik. Semoga anak-anak diberikan ketenangan dan dimudahkan untuk mendapat keputusan yang terbaik. Kita hanya berusaha, Allah yang akan memutuskan.

Sekian, terima kasih.

“Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah”

Thursday, September 29, 2011

Penghantaran Sumbangan Taski ABIM Meradong


Pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak, iaitu Yang Di-Pertua, En. Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin dan Setiausaha Negeri, En. Mahathir bin Fatimah telah mengadakan ziarah ke Taski ABIM Daerah Meradong pada Khamis, 29 September 2011. Kunjungan tersebut merupakan susulan huluran bantuan kepada Taski daerah tersebut yang telah terbakar pada 31 Julai 2011, sehari sebelum bulan Ramadhan 1432H bermula.

Taski ABIM Daerah Meradong telah ditangguhkan sehinggalah menyewa di sebuah rumah. Kini, Taski tersebut sudah beroperasi walaupun dalam serba kekurangan. Antara huluran bantuan ABIM Negeri Sarawak adalah kelengkapan seperti kipas, radio, tikar dan sejumlah wang bagi meringankan beban mereka.



Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat membakar semangat kepada pihak ABIM Daerah Meadong dan tenagan-tenaga pendidik Taski agar terus istiqamah dalam perjuangan mendidik anak-anak bangsa, insya-Allah.

"Memacu Wawasan Khayra Ummah"