Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

Seminar Kualiti Pendidikan Dalam Pengurusan Taska/Tadika

Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan "Seminar Kualiti Pendidikan Dalam Pengurusan Taska/Tadika". Butirannya adalah seperti berikut :

Nama program : "Seminar Kualiti Pendidikan Dalam Pengurusan Taska/Tadika"
Tarikh : 9 Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 2 p.m - 6 p.m
Tempat : Regal Court Hotel, Kuching.

# Kemasukan adalah percuma dan terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Sijil penyertaan disediakan oleh pihak Progresive Heritage Management.

          Seminar ini adalah sebagai rangka asas dalam perkembangan guru-guru tadika / taska yang mahir dan memahami perkembangan kanak-kanak. Disamping itu, bengkel ini adalah menyahut baik usaha kerajaan dala menjayakan kempen pembelajaran sepanjang hayat untuk semua lapisan masyarakat.

Objektif seminar :

- Meningkatkan kualiti pengurusan taska / tadika.
- Pengukuhan pemahaman perkara berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
- Meningkatkan dorongan untuk terus menimba ilmu pengetahuan khususnya dalam pendidikan.

Sasaran :

- Pengusaha Taska/Tadika
- Guru besar Taska/Tadika
- Guru-guru Taska/Tadika

# Pesanan ini dibuat khas buat guru-guru Taski/Tahfiz Abim sahaja.

Wednesday, June 8, 2011

Sukaneka Taski ABIM Kuching-Samarahan 2011


Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Sukaneka Taski ABIM 2011 telah diadakan dengan jayanya pada 28 Jun 2011 yang lepas. Bertempat di Stadium Majlis Bandaran Kuching Selatan (MBKS), Pending, Kuching, temasya tersebut telah dihadiri oleh lebih seribu hadirin yang terdiri daripada ibu bapa dan sahabat handai. Seramai 404 orang adik-adik pelajar Taski ABIM daripada 9 cawangan di kawasan Kuching dan Samarahan menjadi tumpuan pada hari kemuncak tersebut.


Temasya Sukaneka 2011 telah dirasmikan dengan oleh Yang Di-Pertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak, Ustaz Hasfa Bakhry bin Hassan. Beliau mengalu-alukan kehadiran terutamanya para ibu bapa yang sudi hadir dan memberikan sokongan padu kepada Taski ABIM dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka. Berikut merupakan kontinjen-kontinjen Sukaneka Taski ABIM 2011:
Taski ABIM Taman Sri Wangi

Taski ABIM Taman Matang Jaya

Taski ABIM Samariang A


Taski ABIM Samariang B

Taski ABIM Taman Petronesa 2

Taski ABIM Kpg Cemerlang

Taski ABIM Tabuan Jaya

Taski ABIM Taman Desa Ilmu

Taski ABIM Taman Samar Indah

Debaran semakin terasa. Adik-adik tampak tidak sabar lagi berentap di lorong-lorong acara. Temasya bermula dengan acara perbarisan daripada semua kontinjen cawangan Taski ABIM, dikepalai oleh Taski ABIM Taman Desa Ilmu (Samarahan).



Pembacaan Ikrar dan Doa oleh wakil Kontinjen Taski ABIM Taman Desa Ilmu


Perbarisan kontinjen amat meriah, kerana setiap kontinjen membawa imej tema dan warna yang tersendiri. Warna-warni pada pagi yang menceriakan suasana. Ada yang seperti pendekar dan hulubalang, ada seperti pari-pari bidadari, ada pula seperti rama-rama yang berterbangan di taman. Apapun, tentunya menggambarkan semangat membara yang dibakar oleh guru-guru. Telatah dan gelagat adik-adik Taski yang bersemangat, sering melucukan!



Terima kasih sekalung budi ditujukan khas terutama kepada para ibu bapa / penjaga yang sentiasa memberikan kepercayaan dan sokongan padu kepada Taski ABIM. Dengan keteguhan kita saling harmoni bahu-membahu, mudah-mudahan datangnya keberkatan Allah dengan muafakat yang tersebut untuk anak-anak kita. Tidak dilupakan juga, kepada pimpinan serta ahli ABIM, guru-guru dan staf Taski ABIM Kuching-Samarahan, juruhakim daripada Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan semua individu yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak menjayakan temasya ini.

Yang Di-Pertua ABIM, Ustaz Hasfa Bakhry menyampaikan medal acara


Tahniah kepada adik-adik dan guru-guru Taski yang menang!


Semoga bertambah kuat jalinan antara kita, mudah-mudahan yang terbaik untuk generasi mendatang, insya-Allah...

“Ke Arah Pendidikan Anak Soleh dan Solehah”

Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Lahir!! ;)


Hari Lahir merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap anak-anak. Hari tersebut merupakan hari yang teristimewa; biasanya ada hadiah yang bakal diperoleh. Hakikatnya, hari tersebut merupakan hadiah yang paling bermakna bagi mereka, lantaran pada hari itulah bermulanya kehidupan sebagai seorang manusia, keluarnya daripada rahim ibu. Hari tersebut merupakan hari yang disyukuri, kerana diberikan peluang untuk berjumpa kembali hari-hari yang mendatang. Lebih-lebih lagi, Hari Lahir disambut dengan gembira bersama-sama ibu bapa, sanak saudara, rakan taulan dan guru-guru.

Antara kelaziman aktiviti di Taski ABIM Kuching-Samarahan adalah majlis sambutan Hari Lahir adik-adik. Hampir setiap bulan, ada sahaja majlis secara kecil-kecilan yang dibuat atas permintaan ibu bapa adik tersebut. Tentunya adik-adik dan rakan taulan berasa amat gembira; adanya pelbagai juadah sumbangan ibu bapa.

Hari-hari Lahir di Taski ABIM tentunya membawa makna yang besar kepada adik-adik. Manakan tidak, adik yang bertuah meraikan Hari Lahirnya dengan meriah.

Baru-baru ini, majlis kecil-kecilan tetapi meriah telah diadakan di salah sebuah cawangan Taski ABIM Kuching-Samarahan. Tahniah buat ibu bapa dan adik Damia Qaisara bt Muhd Zakarie atas Hari Lahir ke-6!

Semoga sentiasa bahagia hendaknya, menjadi anak yang solehah yang bakal berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat suatu hari kelak, insya-Allah! ;)


"Ke Arah Pendidian Anak-anak Soleh dan Solehah"

Tuesday, May 10, 2011

Sang Buaya Sakit Gigi

Satu pertunjukan boneka “Sang Buaya yang Sombong” telah diadakan di Taski ABIM Taman Sri Wangi pada Rabu, 7 Jamadil Akhir / 11 Mei 2011. Pertunjukan tersebut merupakan aktiviti promosi kesihatan mulut oleh Klinik Pergigian Besar, Poliklinik Komuniti, Jalan Masjid, Kuching. Pertunjukan tersebut telah ditonton dengan penuh minat oleh murid-murid Taski.

Pertunjukan tersebut mengandungi mesej mendidik yang disampaikan dengan cara yang kreatif dan menarik minat murid-murid Taski. Pergerakan boneka watak binatang disertai dengan bunyi, latar suara dan muzik tersebut membawakan kisah seekor buaya yang sombong tidak mendengar nasihat sahabat-sahabatnya, iaitu watak monyet, burung dan katak.

Sang buaya tersebut amat degil tidak mahu memakan makanan yang berkhasiat, terutama dalam menjaga kesihatan gigi. Sebaliknya, sang buaya lebih menyukai makanan yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi seperti kek, aiskrim dan gula-gula.


Di sinilah mesej penting disampaikan: sang buaya menderita akan sakit gig dan berjumpa dengan jururawat di “Klinik Pergigian Sekolah.” Buaya haiwan yang tidak berakal pun ke klinik, inikan pula manusia. Daripada turut merana sekali seperti buaya, adalah elok supaya tidak berlebihan dalam memakan makanan tersebut ;)


Selesai persembahan, wakil jururawat telah berkongsi tips-tips penjagaan gigi yang baik. Murid-murid disarankan supaya menggosok gigi sebanyak tiga kali sehari. Beliau memaklumkan bahawa murid-murid boleh ke klinik sekolah terdekat untuk melakukan pemeriksaan dan penjagaan kesihatan gigi.

Berkenaan penjagaan gigi, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam amat teliti akan kebersihan diri beliau. Terkandung dalam kitab Insan Kamil: Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, karangan ulama besar Mekah, Syeikh Muhammad bin Alawi al-Maliki:

Adapun perhatian baginda kepada gigi, maka hal itu diketahui akan kebiasaannya memakai cucuk gigi setiap kali selesai makan untuk membersihkannya, dan baginda bersabda,

"Sungguh baik sekali umatku yang selalu membersihkan gigi waktu berwuduk mahupun setelah makan, pada waktu wuduk dengan berkumur-kumur, dan menghirup air ke hidung serta membersihkan celah-celah jari, adapun membersihkan gigi daripada sisa makanan, kerana malaikat sangat benci, apabila melihat seorang yang tegak berdiri waktu solat, sedangkan sisa-sisa makanan masih terlekat di celah-celah giginya."

Dan perhatian Nabi sallallahu alaihi wasallam terhadap mulut, terbukti juga dengan selalu dipakainya siwak berulang kali, pada saat akan bersolat, berwuduk (iaitu), akan tidur dan setelah bangun daripada tidurnya, dan baginda selalu menganjurkan umatnya akan hal itu. an-Nasa'i meriwayatkan, bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bersabda,

"Siwak itu mensucikan mulut, membawa keredhaan Tuhan."



Begitu penting akan membersihkan gigi, sehinggakan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mengatakan:

"Kalau sekiranya tidak memberatkan umatku, nescaya aku akan perintahkan mereka agar bersiwak, pada tiap kali akan solat." (Hadith Riwayat al-Bukhari)


Tentunya Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam mahukan umatnya mempunyai kelebihan ganjaran pahala dan kekemasan pada diri mereka. Adik-adik, rajin-rajin gosok gigi, ya! ;)

Dapatkan infonasihat daripada pautan ini.

"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Wednesday, April 20, 2011

Wajah-wajah di Petronesa


Sesi fotografi dilanjutkan lagi dengan diadakan di Taski ABIM Taman Petronesa, Semerah Padi, Samariang, Kuching pada 20 April 2011, Rabu. Cawangan ini merupakan cawangan terbaru daripada rangkaian Taski ABIM Kuching-Samarahan, bermula Januari 2011.


"Senyum!"



"Malu eh!"


"Kamek sik sabar mok posing tok, cikgu!"


Wajah-wajah anak-anak yang soleh dan solehah, insya-Allah....


Insya-Allah, sesi fotografi akan diteruskan di cawangan-cawangan berikut:


25 April 2011, Isnin: Matang Jaya

26 April 2011, Selasa: Tabuan Jaya & Kpg Cemerlang

3 Mei 2011, Selasa, Samar Indah

4 Mei 2011, Rabu, Desa Ilmu




"Ke Arah Pendidkan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Monday, April 18, 2011

Gelagat Si Kecil ;)

Sesi foto cawangan, Taski ABIM Samariang B telah diadakan pada 18 April 2011, Selasa. Pelbagai telatah dan gelagat anak-anak pelajar apabila berhadapan dengan lensa kamera.


"Kira... 1... 2... 3... senyum!"


"Awak sana, awak sini!"Amboi, sibuknya cikgu!


Jelingan mata yang sedang beliang berhadapan dengan kamera... Hehehe...


Moga-moga anak-anak ini merupakan orang-orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara kelak... ameen...



Wajah-wajah barisan pendidik yang tidak kenal erti penat dan jemu...


Insya-Allah, sesi fotografi akan diteruskan di cawangan-cawangan berikut:


25 April 2011, Isnin: Matang Jaya

26 April 2011, Selasa: Tabuan Jaya & Kpg Cemerlang

3 Mei 2011, Selasa, Samar Indah

4 Mei 2011, Rabu, Desa Ilmu



"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Senyum… Senyum… Senyum ;)


Minggu ini bermula dengan senyuman. Dengan senyuman, hidup menjadi indah dan tenang. Adik-adik dikenakan jubah konvokesyen Taski ABIM Kuching-Samarahan dengan segak sekali. Dan gambar kenang-kenangan bersama-sama rakan-rakan dan guru yang dihormati bakal memahat memori indah bersama mereka.

Hari ini, 18 April 2011, sesi foto diadakan di cawangan Taski ABIM Samariang A, di Jalan Sultan Tengah (berhampiran dengan simpang empat lampu isyarat Samariang). Taski tersebut menempatkan sebanyak 5 kelas sesi pagi dan 5 kelas sesi petang pembelajaran Taski.

Berikut merupakan sedutan kenangan bersama...

"Baris, baris!"


"Senyum!"


"Senyum, senyum!"


"Senyum, senyum, senyum!" ;)


Sesi foto akan diteruskan dengan cawangan-cawangan yang berikut:

19 April 2011, Selasa: Samariang B

20 April 2011, Rabu: Taman Petronesa

25 April 2011, Isnin: Matang Jaya

26 April 2011, Selasa: Tabuan Jaya & Kpg Cemerlang

3 Mei 2011, Selasa, Samar Indah

4 Mei 2011, Rabu, Desa Ilmu




Terima kasih atas sokongan anda!