Friday, April 29, 2011

Seminar Memperingati Sayyidatina Khadijah al-Kubra


Sayyidatina Khadijah al-Kubra merupakan figur wanita yang amat penting dalam Islam. Beliaulah teman setia dan kekasih ulung yang telah mendampingi sang penutup segala Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Beliaulah manusia yang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul, pendamping usaha dakwah baginda, melahirkan zuriat yang mulia, mengorbankan harta jiwa dan raganya demi menegakkan kalimah Allah.

Seminar Memperingati Sayyidatina Khadijah al-Kubra dianjurkan pada 7-8 Mei 2011, bertempat di Auditorium Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah.

Pastinya akan mengenali ketokohan beliau dengan lebih dekat. Dibarisi oleh panel-panel yang mempunyai ilmu yang cukup mendalam akan peribadi dan peranan Sayyidatina Khadijah akan membentangkan kertas kerja mereka kelak. Diharapkan kelak dapatlah menurut jejak langkah beliau dan seterusnya dijadikan sebagai formula terbaik dalam kehidupan.

Aturcara seminar adalah seperti yang berikut. Sila klik untuk melihat gambaran yang jelas.



Seminar ini terbuka kepada umum, namun terhad kepada penyertaan 300 orang peserta sahaja. Sila hubungi individu tersebut untuk pendaftaran:

013 - 845 6472 (Pn. Niza)
019 - 826 1644 (Pn. Ayu)
019 - 613 6759 (Pn. Aminah)


Sila klik kepada poster seminar untuk mendapatkan makluman lanjut. Anda boleh juga boleh mengikuti perkembangan mengenai seminar berkenaan di blog khas, di pautan ini.

Semoga usaha yang kecil ini menjadi sebahagian dalam khidmat kita kepada Rasulullah sallallahua alaihi wasallam, kita mohon agar tergolong dalam senarai orang-orang yang mendapat syafaat baginda sallallahu alaihi wasallam... ameen.


"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Thursday, April 28, 2011

Kursus Pandangan Hidup Islam (KPHI)



Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) dengan kerjasama Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak akan mengadakan program:

Kursus Pandangan Hidup Islam Siri 7

membawa satu tajuk


"Ancaman Sekularisme dan Tamadun Barat"


Bersama

YBhg Dr. Wan Azhar Wan Ahmad
Fellow Kanan/ Pengarah
Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)



Tarikh: Sabtu, 30 April 2011
Tempat: Wisma Wanita, Biro Wanita, Off Jalan Sultan Tengah
Kuching
Masa: 8.30 pagi

Berminat? Sila hubungi 019 821 2606 (Shamsiah)


Marilah kita hadir memanfaatkan hujung minggu kita dalam suasana keilmuan yang akan meluaskan fikiran, mendalam pengetahuan dan membenteng diri daripada pemikiran yang boleh membahayakan pegangan kita sebagai orang Islam.

Terima kasih.

Wassalam

Thursday, April 21, 2011

Pesan ibnu Khaldun


Berkenaan peri mustahak akan pelajaran al-Quran kepada pembesaran anak-anak, ibnu Khaldun dalam kitab beliau, Mukaddimah, telah menulis:

“Ketahuilah bahawa mengajar al-Quran kepada anak-anak, adalah lambang Islam yang selalu dikerjakan oleh kalangan agama Islam di seluruh penjuru negeri, untuk meresapkan iman dan meneguhkan aqidah melalui ayat-ayat sucinya dalam hati yang masih kosong dan bersih, agar al-Quran tetap menjadi dasar yang di atasnya tegak berdiri seluruh bakat dan pengetahuan yang akan diperolehnya kelak pada kemudian hari.

Bahawa telah menjadi adat istiadat yang khas dalam lingkungan Islam, mendahulukan pelajaran al-Quran untuk mengutamakan berkat daripadanya, dan kerana kekhuatiran akan adanya halangan dan hal-hal negative yang lazimnya dialami oleh anak-anak yang berusia penuh pancaroba itu, sehingga pelajaran al-Quran akhirnya ditinggalkan."


Ayuh, budayakanlah membaca, menghayati, memahami dan mengamalkan al-Quran. Jadikanlah membaca kitab yang mulia ini mendarah daging dalam kehidupan seharian kita. Insya-Allah, berkat kesabaran kita konsisten dalam beramal, maka terpancarlah cahaya yang menarik kita sekeluarga untuk mendekati ajaran-Nya.


“Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah”

Wednesday, April 20, 2011

"I Know What, Living Things Can Do!"


"I Know What, Living Things Can Do!"

Kedengaran suara-suara comel yang menyanyikan lagu metod pembelajaran terbaru subjek Sains di salah sebuah cawangan Taski ABIM Kuching-Samarahan yang terletak di Taman Matang Jaya, Kuching. Pembelajaran sains tersebut menggunakan perisian multimedia G-Elite Kids yang telah dimanfaatkan sejak awal April 2011. Perisian tersebut telah digunakan serentak di 8 cawangan Taski ABIM.

Penggunaan perisian tersebut merupakan penaiktarafan oleh Taski ABIM Kuching-Samarahan dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (PnP). Kaedah PnP yang kreatif dan pelbagai menerapkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan para pelajar secara aktif melalui nyanyian lagu, animasi, kuiz, eksprimen dan pelbagai lagi.

Para pelajar terlibat secara aktif dalam PnP


PnP melalui multimedia ini membantu para pelajar untuk menghayati subjek sains dengan cara memahamkan mereka dengan kejadian-kejadian yang ada di sekeliling kita.

Nyanyian mendidik dan menghiburkan oleh para pelajar


Sesungguhnya sains merupakan satu cabang ilmu daripada Allah. Dengan sains, kita terdidik untuk meneliti ciptaan-Nya dan melihat akan Kebesaran Kuasa-Nya. Cukuplah dengan apa yang ada pada diri kita sebelum menilik keluasan alam, betapa besarnya nikmat Allah Sang Pencipta perlu kita syukuri... insya-Allah.


"(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungilah kami daripada azab neraka.'" (ali-Imran, 3: 191)



"Ke Arah Pendidikan Anak-anak yang Soleh dan Solehah"

Wajah-wajah di Petronesa


Sesi fotografi dilanjutkan lagi dengan diadakan di Taski ABIM Taman Petronesa, Semerah Padi, Samariang, Kuching pada 20 April 2011, Rabu. Cawangan ini merupakan cawangan terbaru daripada rangkaian Taski ABIM Kuching-Samarahan, bermula Januari 2011.


"Senyum!"



"Malu eh!"


"Kamek sik sabar mok posing tok, cikgu!"


Wajah-wajah anak-anak yang soleh dan solehah, insya-Allah....


Insya-Allah, sesi fotografi akan diteruskan di cawangan-cawangan berikut:


25 April 2011, Isnin: Matang Jaya

26 April 2011, Selasa: Tabuan Jaya & Kpg Cemerlang

3 Mei 2011, Selasa, Samar Indah

4 Mei 2011, Rabu, Desa Ilmu




"Ke Arah Pendidkan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Monday, April 18, 2011

Gelagat Si Kecil ;)

Sesi foto cawangan, Taski ABIM Samariang B telah diadakan pada 18 April 2011, Selasa. Pelbagai telatah dan gelagat anak-anak pelajar apabila berhadapan dengan lensa kamera.


"Kira... 1... 2... 3... senyum!"


"Awak sana, awak sini!"Amboi, sibuknya cikgu!


Jelingan mata yang sedang beliang berhadapan dengan kamera... Hehehe...


Moga-moga anak-anak ini merupakan orang-orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara kelak... ameen...



Wajah-wajah barisan pendidik yang tidak kenal erti penat dan jemu...


Insya-Allah, sesi fotografi akan diteruskan di cawangan-cawangan berikut:


25 April 2011, Isnin: Matang Jaya

26 April 2011, Selasa: Tabuan Jaya & Kpg Cemerlang

3 Mei 2011, Selasa, Samar Indah

4 Mei 2011, Rabu, Desa Ilmu



"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Senyum… Senyum… Senyum ;)


Minggu ini bermula dengan senyuman. Dengan senyuman, hidup menjadi indah dan tenang. Adik-adik dikenakan jubah konvokesyen Taski ABIM Kuching-Samarahan dengan segak sekali. Dan gambar kenang-kenangan bersama-sama rakan-rakan dan guru yang dihormati bakal memahat memori indah bersama mereka.

Hari ini, 18 April 2011, sesi foto diadakan di cawangan Taski ABIM Samariang A, di Jalan Sultan Tengah (berhampiran dengan simpang empat lampu isyarat Samariang). Taski tersebut menempatkan sebanyak 5 kelas sesi pagi dan 5 kelas sesi petang pembelajaran Taski.

Berikut merupakan sedutan kenangan bersama...

"Baris, baris!"


"Senyum!"


"Senyum, senyum!"


"Senyum, senyum, senyum!" ;)


Sesi foto akan diteruskan dengan cawangan-cawangan yang berikut:

19 April 2011, Selasa: Samariang B

20 April 2011, Rabu: Taman Petronesa

25 April 2011, Isnin: Matang Jaya

26 April 2011, Selasa: Tabuan Jaya & Kpg Cemerlang

3 Mei 2011, Selasa, Samar Indah

4 Mei 2011, Rabu, Desa Ilmu




Terima kasih atas sokongan anda!

Sunday, April 17, 2011

Kem Citra Solehah


Remaja merupakan satu tempoh yang kritikal dalam kehidupan wanita. Bagaimana wanita melalui usia remaja akan mempengaruhi kehidupan mereka. Pada kesempatan ini Unit Dakwah Taski ABIM Kuching-Kota Samarahan dengan kerjasama Helwa ABIM Negeri Sarawak mengambil ruang hujung minggu untuk mengadakan satu program khusus bagi remaja perempuan yang tinggal di sekitar bandaraya Kuching, iaitu dinamakan sebagai Kem Citra Solehah.

Kem Citra Solehah ini adalah inisiatif kearah menyediakan anak–anak remaja perempuan menghadapi kehidupan yang mendatang sesuai dengan peningkatan usia dan kematangan mereka.Program ini diharapkan akan dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang simptom–simptom yang bakal mereka hadapi apabila meningkat remaja dan seterusnya memasuki akil baligh. Semoga program yang dianjurkan ini akan melahirkan generasi Muslim yang celik hukum agama, insya-Allah.

Antara objektif program tersebut ialah:

a. Meningkat kefahaman teori dan amali bersuci wanita dengan lebih lanjut.

b. Meningkat kemahiran dan kreativiti sebagai anak–anak solehah.

c. Mengeratkan silaturahim di antara anak–anak dan ahli keluarga ABIM dan masyarakat.



Berikut merupakan butiran Kem Citra Solehah.

Tarikh: 7 Mei 2011, Sabtu

Tempat: Taski ABIM Samariang (B), Jalan Sultan Tengah, 93050, Petra Jaya Kuching

Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengahari

Peserta: Pelajar perempuan berumur 9 - 12 tahun

Yuran: RM15.00


Tentatif program:

0700 pg - Pendaftaran peserta

0730 pg - Taklimat

0800 pg - Solat Dhuha Berjemaah

- Diketuai: Ustazah Zainon bt Hj Karim

0830 pg - Ceramah

Tajuk: “Melangkah ke alam Baligh”
- LDK: Mandi wajib

- Kamahiran Hidup: Masakan Tanpa Api

- Motivasi : “Permataku”

- LDK

- Penyampaian Cenderahati

- Solat Zuhur Berjemaah

1230 t/hari - Bersurai


Bagi ibu bapa / penjaga yang berminat menghantar anak anda menyertai program ini, anda boleh berhubung melalui:

Cik Dayangku Kartina (019 - 834 6517)
Puan Syarifah Masniah (019 - 467 6456)
Ibu pejabat, Taski ABIM Taman Sri Wangi (082 - 446 217)
Grup Facebook "Taski ABIM Kuching-Samarahan"
Ruangan komen blog Taski ABIM.



"Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah"

Friday, April 15, 2011

Taski ABIM Sri Wangi Lokasi Mengundi


Perhatian buat ahli masyarakat, Taski ABIM Taman Sri Wangi dijadikan sebagai lokasi mengundi bagi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sarawak ke-10 pada 16 April 2011, Sabtu. Taski ABIM Taman Sri Wangi menempatkan lokasi pengundian bagi kawasan N.7 Samariang sahaja.

Tunaikanlah kewajipan anda kepada negara.

Terima kasih. Wassalam

Thursday, April 14, 2011

Apresiasi Hari Prestasi


Hari Prestasi Taski ABIM Kuching-Samarahan telah diadakan pada hari ini 15 April 2011, Jumaat di seluruh cawangan. Hari Prestasi merupakan program dua kali setahun mempertemukan para ibu bapa / penjaga dan guru bagi mendengar perkembangan akademik dan akhlak anak-anak mereka di Taski.





Melalui Hari Prestasi, para ibu bapa / penjaga dapat bersua serampang dua mata mengenalpasti kelebihan dan kekurangan anak-anak, sekaligus mempertaut siratul rahim antara mereka. Guru-guru Taski yang beperanan sebagai guru kedua setelah ibu bapa / penjaga di rumah berpeluang untuk memantau perkembangan pembelajaran dan akhlak anak-anak. Mereka bertindak sebagai pelengkap dan pembantu kepada ibu bapa dalam proses pembentukan peribadi anak-anak.





Antara yang menjadi tumpuan ialah aspek akademik. Perkara ini dipandang dengan saksama, kerana anak-anak pada tahun hadapan akan bermula dengan fasa baru dalam kehidupan mereka menempuh alam persekolahan. Maka sesi ini merupakan peluang yang cukup baik untuk mempertingkatkan daya upaya menuntut ilmu serta sakhsiah yang indah.




Sambutan yang begitu menggalakkan daripada ibu bapa / penjaga amat kami hargai. Taski ABIM Kuching-Samarahan ingin mengucapkan sekalung budi atas sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pihak ibu bapa / penjaga. Kami amat berterima kasih atas kelapangan masa, cadangan, nasihat, teguran dan perhatian kepada kalian semua.


Insya-Allah, Taski ABIM akan berusaha sedaya upaya untuk menyempurnakan perkhidmatan pendidikan yang kami tawarkan. Semoga amalan-amalan kita ini dipandang dan diterima oleh Allah S.W.T... ameen...

Terima kasih. Wassalam.


“Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah”

Kunjungan YDP ABIM Negeri Kedah ke Taski ABIM Sri Wangi


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Taski ABIM Taman Sri Wangi telah menerima kunjungan daripada Yang Di-Pertua ABIM Negeri Kedah, Ustaz Hafiz bin Mustafa Lubis pada Khamis, 14 April 2011. Beliau bertandang ke bumi Sarawak untuk mempertaut jalinan siratul rahim dalam jaringan keluarga dakwah ABIM.

Selain daripada beramah mesra menziarahi dan bertukar-tukar pandangan bersama pimpinan ABIM Negeri Sarawak, beliau telah berkesempatan melawat ibu pejabat Taski ABIM bertempat di Taman Sri Wangi.



Beliau telah bertanyakan khabar dan berkongsi akan nasihat berharga beliau. Beliau berharap dan mendoakan agar Taski ABIM terus istiqamah menjalankan tugas mereka dalam arena dakwah.



Semoga hubungan hangat siratul rahim ini sentiasa mekar dan kekal dalam suasana mahabbah sesama saudara seakidah Islam, ameen. Kita amat berbesar hati dengan kehadiran beliau dan berharap agar beliau tidak jemu bertandang ke sini lagi. Kita doakan agar beliau dan gerakan di tanah air beliau terus subur dan mendapat kemenangan daripada Allah... ameen.

“Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah”

Monday, April 11, 2011

Keju! ;)


“Senyum... keju!”

“Senyumlah sikit!”

Begitulah Si Kecil yang punya aneka ragam. Mereka segak apabila mengenakan jubah khas sesi fotografi Taski ABIM Kuching-Samarahan. Tampan dan anggun di hadapan kamera, mereka seakan-akan seperti graduan universiti beserta segulung ijazah di tangan. Sesi penggambaran tersebut merupakan simpanan kenang-kenangan terindah pada suatu hari kelak.

Taski ABIM Taman Sri Wangi merupakan destinasi pertama sesi fotografi adik-adik Taski. Ini disusuli dengan Taski cawangan-cawangan yang lain pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.



Gelagat mereka yang pelbagai begitu mencuit hati. Tidak sabar untuk menunggu giliran dan terpacak segak di hadapan lensa, ada yang memotong baris kawan-kawan. Guru-guru yang sibuk menghias pelajar mereka dengan terbaik pula terpaksa membahagikan tumpuan mereka kepada yang dihias dan yang menunggu untuk dihias.



Setiap kali ada yang berkejaran, setiap kali itulah sang pendidik menegur. Mereka duduk. Dan bermula lagi. Tegur dan duduk lagi, sehinggalah kesemuanya puas beraksi di hadapan lensa. Hai... hai... budak-budak. Entah-entah aku dahulu macam itu! Hehehe...


Senyum….

“Adik atur sikit macam ini barulah bergaya!”

Guru-guru yang berhempas-pulas menghias dengan terbaik



Penggambaran di Taski ABIM Taman Sri Wangi sudahpun selesai pada hari ini. Sementara cawangan-cawangan yang lain menanti giliran adalah:

18 April 2011, Isnin: Samariang A

19 April 2011, Selasa: Samariang B

20 April 2011, Rabu: Taman Petronesa

25 April 2011, Isnin: Matang Jaya

26 April 2011, Selasa: Tabuan Jaya & Kpg Cemerlang




Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda!

“Ke Arah Pendidikan Anak-anak Soleh dan Solehah”